PENAWAR
MUKMIN
RAHSIA
BULAN-BULAN ISLAM DAN PENGERTIANNYA
MUHARRAM:
ertinya yang ‘diharamkan atau dipantangkan’ kerana dalam bulan ini, dilarang
menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam
yang telah dimansuhkannya. [Al-Baqarah ayat 91]
SAFAR: ertinya ‘kosong atau kuning’. Dalam bulan
ini, semua lelaki bangsa Arab masa itu keluar meninggalkan rumah samaada pergi
berperang , berniaga atau mengembara dan sebagainya.
RABI’UL AWAL:
‘Rabi’ ertinya ‘menetap’. ‘Awal’ ertinya ‘pertama’. Bulan ini semua
lelaki Arab tadinya meninggalkan rumah sudah pulang semula.
RABI’UL AKHIR: ‘Rabi’ ertinya ‘menetap. ‘Akhir’
ertinya ‘penghabisan’. Bulan ini juga semua lelaki Arab tadinya meninggalkan
rumah sudah pulang semula.
JUMADIL AWAL: ertinya ‘kering atau beku’. Dalam
bulan ini, orang-orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air
menjadi beku. Parit, sungai, telaga dan lembah menjadi kering.
JUMADIL AKHIR: ertinya ‘penghabisan atau beku
penghabisan’. Mereka telah mengalami kekeringan air buat kali terakhir.
REJAB: ertinya ‘mulia’. Bangsa Arab dahulu
memuliakan bulan ini dengan empat cara iaitu:
[a] 1 Rejab, mereka menyembelih anak Unta sebagai
korban.
[b] 10 Rejab, mereka kembali menyembelih korban
tetapi tidak lagi anak Unta.
Amalan ini telah dibatalkan
sesudah datangnya Islam.
[c] Diharamkan berperang. Setelah kedatangan
Islam, larangan ini
dibatalkan.
[d] Tanggal 1 Rejab, mereka akan buka pintu Kaabah
siang dan malam agar
mereka dapat beribadah
sepuas-puasnya.
SYAABAN: ertinya ‘berserak-serak’. Dalam bulan ini,
orang Arab zaman dahulu berselerak ke lembah-lembah mencari air disebabkan
kekeringan air. Di namakan juga berselerak untuk mencari kebajikan.
RAMADHAN: ertinya ‘panas terik atau terbakar’. Cuaca
dalam bulan ini amat panas terik sehingga orang yang berjalan kaki di padang
pasir tanpa alas kaki, pasti kaki mereka melecur. Sabda Nabi SAW, “Bulan ini
juga dapat membakar dosa-dosa yang telah lalu”.
SYAWAL: ertinya ‘naik’. Pada bulan ini, bila orang
Arab hendak naik Unta, dipukulnya belakang Unta lalu ekornya naik sedangkan
pada bulan-bulan lain tidak.
DZULQA”DAH: ‘Dzul’ ertinya ‘yang empunya’. ‘Qa’dah’
ertinya ‘duduk’. Dalam bulan ini, semua lelaki tinggal di rumah dan tiada yang
bermusafir atau mengembara.
DZULHIJJAH: ‘Dzul’ ertinya ‘yang empunya’. ‘Hijjah’
ertinya ‘haji’. Dalam bulan inilah, semua umat manusia sejak Nabi Allah Adam
melakukan ibadah Haji.
Wallahu'alam
Hanya Allah SWT maha mengetahui.