Wednesday 18 June 2014

PENAWAR MUKMIN - HARI-HARI DALAM ISLAM

HARI-HARI DALAM ISLAM.
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi SAW
1. Jumaat:Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
2.  Sabtu :Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

3. Ahad: Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
4. Isnin: Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
5. Selasa: Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
6. Rabu: Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh a.s., juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
7. Khamis: Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Wallahu taala a’lam

SUNNAH - HUKUM MEMBUNUH CICAK.

HUKUM MEMBUNUH CICAK.

Daripada Amir bin Saad dari bapanya ( Saad bin Abi Waqas ) r.a. katanya :

"Sesungguhnya Nabi SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya " Si Penjahat Kecil". ( “Fuwaisiqah” ) (Hadith Riwayat Muslim)
Kenapa Rasulullah SAW suruh kita bunuh cicak pada malam Jumaat?.


GAMBAR - CICAK RUMAH.

1. Menurut "Fuwaisiqah", merujuk kepada "orang fasik"( orang yang keluar dari ketaatan kepada Allah SWT ) seperti firman Allah melalui surah Al-Kahfi ayat 50 .

2. Dalam riwayat : 
Pada waktu Nabi Ibrahim a.s. dibakar, semua binatang membantu memadamkan api tetapi cicak menghembus angin supaya lebih marak ( berapi ).
(Riwayat Ibnu Kathir)

3. Dalam riwayat : 
Pada waktu Nabi Muhammad SAW bersembunyi dalam gua,cicak berbunyi memberi isyarat kepada musuh tetapi dilindungi oleh labah-labah dengan membuat sarang di pintu gua .
" Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, ditulis baginya 100 kebajikan dan membunuhnya dengan 2 pukulan dituliskan baginya kurang daripada yang pertama dan membunuh dengan 3 pukulan , kebajikan kurang daripada yang ke 2".
(Hadith Riwayat Abu Hurairah)


Wallahu taala a'lam

IKTIBAR UNTUK MUKMIN - KISAH DI MAKKAH

KISAH DI MAKKAH! ALLAHU AKBAR!.

Suatu kisah menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah SWT.Maka saya berminat untuk kongsikan di sini. Kisah benar yang dilalui oleh sekumpulan pelajar Malaysia di Arab Saudi. Diceritakan semula oleh Ustaz Halim Naser, seorang penceramah bebas .

Pada satu hari di musim haji,para pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji 

telah mengikut Pak Arab untuk mengebumikan mayat orang-orang yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji. Kawasan tanah perkuburan tersebut terletak di Ma'la .

Di Ma'la, mereka mengebumikan mayat dengan cara  meninggalkan mayat didalam lubang yang telah disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan .

Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk dikebumikan mayat yang baru. Itu adalah cara pengkebumian di sana memandangkan terlalu ramai manusia atau jemaah yang meninggal dunia pada satu-satu musim haji dan mereka yang menziarah.


GAMBAR - PENGURUSAN JENAZAH DI MAKKAH 1


GAMBAR - PENGURUSAN JENAZAH DI MAKKAH 


Seterusnya apabila salah satu lubang dibuka, orang-orang yang bertugas menguburkan jenazah-jenazah bertempiaran lari .Mereka melihat satu jenazah yang sedang duduk bersila .Maka pelajar Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur untuk lihat lebih jelas. Mereka dapati dengan jelas jenazah tersebut sedang bersila sambil membaca Al Quran. Al-Quran tersebut memang asli dan halaman yang sedang dibaca adalah Surah Yassin .

Lebih mengejutkan mereka bila jenazah tersebut tidak reput malah kain kapan yang membalut tubuh mayat tersebut juga masih kekal. Hanya kapas yang diletakkan antara mayat dan kain kafan ( Ihram ) saja yang reput .


Selepas diselidik terperinci, mayat ini adalah seorang lelaki berkulit hitam .Beliau masa hayatnya bekerja membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam zam .

Jika tiada tumpahan air zam zam,beliau akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca surah Yassin .



GAMBAR - TANAH PERKUBURAN DI MAKKAH 1

                          
                            

GAMBAR - TANAH PERKUBURAN DI MAKKAH 2
                                         

Sejak peristiwa itu berlaku,lubang kubur itu ditutup menggunakan simen dan ditandakan supaya tidak digunakan untuk menguburkan jenazah yang lainnya .


Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah SWT juga bukti akan janji- janji Allah SWT pada hambanya yang taat dan ikhlas bekerja kerana Nya .


Sabda Rasulullah SAW ;

" Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku".
" Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan".

  1. Apabila orang
 lapar membaca surah Yassin , ia boleh jadi kenyang .
  2. Jika orang tiada pakaian , boleh mendapatkan pakaian .
  3. Jika orang belum berkahwin , akan mendapat jodoh .
  4. Jika dalam ketakutan , boleh hilang perasaan takut .
  5. Jika terpenjara , akan dibebaskan .
  6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
  7. Jika tersesat , boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .
  9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya .
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.

Wallahu taala a’lam