Friday 28 February 2014

PEDOMAN MUKMIN – Anak-anak Nabi Adam a.s. (3)

Anak-anak Nabi Adam a.s.

·         Anak pertama Nabi Adam a.s. adalah kembar iaitu seorang lelaki bernama Qabil dan seorang perempuan bernama Iklaimiah (Aklaimiah). Lebih kurang 1 tahun kemudian....

·         Anak kedua Nabi Adam a.s. juga kembar iaitu seorang lelaki bernama Habil dan yang perempuannya bernama Layuthah.

·         Seterusnya juga kembar lelaki dan perempuan bernama Shankhar dan Shatriah.

·         Diikuti pula berikutnya juga kembar lelaki dan perempuan bernama Shankhina dan Shankhita.
Menurut syariat ketika itu, tiap-tiap pasangan kembar tidak dibenarkan kahwin dengan pasangan kembar mereka dan dikira mahram.

·         Iklaimiah dikatakan memiliki rupa paras yang cantik dan putih manakala Layuthah pula memiliki rupa paras yang tidak cantik dan menarik.

·         Qabil dikahwinkan dengan Layuthah manakala Habil pula dikahwinkan dengan Iklaimiah.

                  Oleh yang demikian, disebabkan hasutan syaitan yang mana akhirnya Habil                       telah terbunuh ditangan Qabil. Itulah kejadian pertama pembunuhan   manusia                   di dunia ini.

PEDOMAN MUKMIN – Nabi Adam AlaihisSalam (2)

Nabi Adam a.s.

 ·       Nabi Adam a.s yang menamakan pasangannya sebagai ‘Hawa’ (bermakna sesuatu yang hidup). (Imam Bukhari)

·         Hawa diciptakan dari sulbi Nabi Adam a.s. ketika baginda keseorangan tertidur dibawah sepohon pokok. Lelaki dari ‘Sulbi’ dan wanita pula dari ‘Tara’ib’. (Qurtubi dan Ibnu Kathir)

·         Imam Al Bukhari: Dari Abu Hurairah; Rasululllah SAW menyatakan bahawa didalam syurga ada satu pokok yang kalau dikelilinginya memakan masa 100 tahun iaitu ‘Sajaratul Khuldi’. Ibnu Kathir berkata; janganlah kita terlalu memikirkan jenis pokok apa yang ada didalam syurga semasa Nabi Adam a.s. hampiri.

·         Ibnu Kathir dalam kitabnya Qisasul Ambiya berkata: dari riwayat Ibnu Abbas; antara jadinya Nabi Adam dan Hawa sehingga terkeluarnya Baginda berdua dari syurga hanya melalui tempoh masa dari waktu Asar hingga jatuh matahari mengikut kiraan akhirat ialah selama 43 tahun waktu dunia.

·         Dari pandangan Ibnu Kathir pula, Nabi Adam a.s. tinggal didunia pula selama 1000 tahun.
Nabi Adam a.s. menangis kekesalan selama 60 tahun.
Nabi Adam a.s. menangis rindukan syurga selama 70 tahun.
Nabi Adam a.s. menangis kerana kesalahan selama 70 tahun.
Nabi Adam a.s  menangis kerana kematian anaknya selama 40 tahun.

Ibnu Kathir mengambil hujah dari kitab Taurat yang benar (ahlul kitab). Ada persamaannya dengan riwayat Ubai Bin Ka’ab sahabat Rasulullah SAW.

·         Hassan Al Basri pula menyatakan bahawa Nabi Adam a.s dibuang di Ceylon (Sri Lanka) dan Hawa pula di Jeddah. Iblis pula dibuang di Basrah (Dustimyani iaitu beberapa batu dari Basrah) manakala Ular dibuang di Asbihan Afghanistan.

·         Menurut Ibnu Abbas pula, Nabi Adam a.s. pula dibuang dari syurga ke satu tempat bernama ‘Dahnak’ atau ‘Duhnak’ iaitu antara Mekah dan Taaif. Nabi Adam a.s keluar dari syurga bersama-sama Hawa, Iblis dan Ular (yang mempengaruhi Hawa).

·         Menurut Ibnu Umar pula, Nabi Adam a.s. dan Hawa pula dibuang antara Saffar dan Marwah.

·         Sebelum wafatnya Nabi Adam a.s., beliau teringin sangat memakan buah dari syurga dan malaikat memberikannya. Hawa menyaksikan kematian Nabi Adam a.s. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hambal dari Ubai Bin Ka’ab dan disahihkan oleh Ibnu Kathir).


Saturday 22 February 2014

PEDOMAN MUKMIN - Nama-nama Neraka

NERAKA

Neraka adalah suatu tempat di akhirat bagi golongan kafir dan yang ingkar serta berdosa di dunia ini. Ia terbahagi kepada beberapa jenis:

  •          JAHANNAM: Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 162, “ Sedang tempat kembalinya ialah neraka jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.

        Neraka Jahannam mempunyai tujuh lapisan dan setiap satu lapisan untuk golongan tertentu. Ia juga mempunyai tujuh pintu dan tiap pintu untuk bahagian tertentu. Bahan bakarnya adalah dari manusia, batu dan jin. Kekuatan panas api neraka itu adalah 70 kali kepanasan api yang ada di dunia ini.

        Makanan ahli neraka ialah pokok zaqqum. Buahnya menjadi makanan orang yang berdosa di dalam neraka. Makanan itu pula panas seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

        Rasulullah SAW bersabda, “ Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini, nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa pula halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya”.(Riwayat At-Tirmizi)

       Minuman mereka  daripada air danur dan air sangat panas yang memutus dan menghancurkan tali perut.

  •          LAZHA: Firman Allah SWT dalam surah Al- Maarij ayat 153, “Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkan), Sesungguhnya neraka (yang disediakan) tetap menjulang-julang apinya”.


  •          HUTAMAH:  Firman Allah SWT dalam surah Al-Humazah ayat 4, Tidak! Sesungguhnya dia akan mencampakkan ke dalam Al-Hutamah”.



  •          SA’IR:  Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 64, “ Sesungguhnya Allah telah melaknat orang kafir dan disediakan bagi mereka api neraka yang menjulang”.


  •          SAQAR: Firman Allah SWT dalam surah Al-Muddthir ayat 26, “(Disebabkan kekufurannya itu) , aku akan masukkan ia ke dalam neraka Saqar”.



  •          JAHIM: Firman Allah SWT dalam surah Asy-Syuarak ayat 91, “Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat”.


  •          HAWIYAH: Firman Allah SWT dalam surah Al-Qariaah ayat 9, “Maka tempat kembalinya ialah Hawiyah”.


Hanya Allah SWT maha mengetahui,

Wallahu’alam.

Tuesday 18 February 2014

PEDOMAN MUKMIN – Kisah Rasulullah SAW dan Seekor Kijang (Zibyah)


Pada suatu hari, Nabi SAW dan para sahabat hendak bertemu dengan satu kaum di padang pasir. Baginda serta sahabat lalu di tepi sebuah bukit. Tiba-tiba, Baginda SAW terjumpa seekor kijang yang terkena jerat oleh kaum itu (Zibyah- kijang). Nabi SAW pun bertemu dengan kijang tersebut dan tiba-tiba, kijang tersebut memberi salam kepada Rasulullah SAW.
          
         Rasulullah SAW menjawab salam kijang tersebut dan kijang kemudiannya meminta Baginda agar melepaskannya daripada jerat itu. Nabi SAW menjawab, “Kamu bukan kepunyaan aku tetapi kepunyaan orang lain”. Kijang berkata lagi, “Kau lepaskan aku Rasulullah kerana aku hendak menyusukan dua ekor anak aku yang seharian tidak menyusu dan kelaparan. Aku hendak menyusukan sekenyang-kenyangnya mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Aku berjanji aku akan datang semula dan kemudian kau tambatlah aku semula di sini”. Rasulullah SAW berkata, “Aku nak pegang janji apa dengan kau kalau aku lepaskan kau yang bukan milikku?”. Kijang berkata, “Aku berjanji dengan nama Allah SWT”. Rasulullah SAW melepaskan kijang tersebut dan kijang itu berlari sekuat-kuat dan sepantasnya.
          
         Seharian Rasulullah SAW menunggu dan Baginda hampir meninggalkan tempat tersebut. Tiba-tiba, kijang melompat turun dari atas bukit kerana terlambat dan khuatir Rasulullah SAW meninggalkan tempat tersebut. Kijang memberitahu yang ia terlewat kerana anak-anaknya menyusu dengan sepuas-puasnya.
          
         Rasulullah SAW kemudian menambat semula kijang tersebut dan meneruskan perjalanannya. Apabila bertemu dengan kaum yang ingin ditemuinya, Baginda SAW terus bertanya, “Di antara kamu, siapakah yang memasang jerat berhampiran dengan bukit tersebut?”. Seorang pemuda kemudian mengaku bahawa beliau telah memasang jerat itu. Nabi SAW mengatakan bahawa jeratnya telah mengena. Pemuda itu berkata, “Aku berniat jika jerat aku mengena, aku hendak memberikan kijang tersebut kepadamu, Rasulullah!”. Nabi SAW mengucapkan terima kasih dan Baginda memang mahukan sangat kijang tersebut.
          
         Kemudiannya, Rasulullah SAW kembali ke jerat tersebut dan Baginda berkata kepada kijang itu, “Sekarang kau milik aku dan aku lepaskan kau”. Kijang berasa amat bersyukur lalu berkata, Bolehkah aku ikut berdakwah denganmu, ya Rasulullah?”.

Hadith terhenti setakat di situ.



Sunday 16 February 2014

PEDOMAN MUKMIN - Foto-foto, Berkaitan dengan Rasulullah SAW




SURAT RASULULLAH SAW KEPADA HERCULES




SURAT RASULULLAH SAW KEPADA NAJASHI RAJA HABSYA(EUTOPHIA)





PANJI-PANJI RASULULLAH SAW




PANJI-PANJI RASULULLAH SAW




SURAT NABI SAW KE RAKYAT OMAN






SURAT RASULULLAH SAW KEPADA PEMERINTAH ARAB




SURAT RASULULLAH SAW KEPADA PEMERINTAH BAHRAIN





PESANAN RASULULLAH SAW






PESANAN RASULULLAH SAW





 SURAT RASULULLAH SAW






COP MOHOR RASULULLAH SAW





COP MOHOR RASULULLAH SAW






BEKAS MINUMAN RASULULLAH SAW






BEKAS TAPAK KAKI RASULULLAH SAW






TOPI BESI PERANG RASULULLAH SAW






BEKAS CELAK RASULULLAH SAW






KOTAK BARANG RASULULLAH SAW






SARUNG KAIN UNTUK PEDANG RASULULLAH SAW






PEDANG DAN SARUNG KAIN RASULULLAH SAW






KASUT SARUNG RASULULLAH SAW






HELAI RAMBUT RASULULLAH SAW






TANAH MAKAM RASULULLAH SAW






KUNCI KAABAH ZAMAN RASULULLAH SAW

NOTA RINGKAS – Perihal Berkaitan dengan Rasulullah SAW.


 NOTA RINGKAS

·         Salah seorang isteri Rasulullah SAW ada yang berbangsa Yahudi iaitu Saffiyah Binti Huyai

·         Dari Abu Hurairah  r.a., Rasulullah SAW  bersabda: ‘Tidak akan terjadinya kiamat sehingga wujudnya 25 – 27 orang (sesetengah mengatakan 30) mengaku menjadi Nabi. (Dajjal/Nabi palsu)

·         Nama sebenar Abu Hurairah (Bapa Kucing) ialah Abdul Rahman Bin Saqr. Menjadi Gabenor pada zaman Khalifah Umar Al Khattab dan kemudian meletak jawatan. Selepas itu sekali lagi menjadi Gabenor pada zaman Khalifah Utsman Ibnu Affan.

·         Ucapan terakhir sebelum Rasulullah SAW wafat ketika dipangkuan Aisyah r.ha. ialah ‘Allahumma Fir Rafiq kil A'la’ / ‘Al Rafiq, Al A’la’ (Yang lunak/ Santun, Maha Tinggi) dan bukannya ‘ummati,ummati’.

·         Ada riwayat mengatakan, disaat Rasulullah SAW hampir wafat, Baginda SAW mengatakan yang beliau masih terasa sakit disebabkan oleh racun 'perempuan Khaibar' yang diberi kepada Baginda SAW dalam daging kambing yang Baginda SAW makan.

·         Istilah ‘Sahabat’ dikalangan para sahabat Nabi Muhammad SAW ialah orang beriman hingga akhir hayatnya yang pernah (bertemu/ berdepan/berjumpa) dengan Baginda SAW meskipun tidak melihat Baginda SAW. (Contoh: Orang Buta)

·         Abu Bakar As Siddiq sahabat Nabi SAW juga adalah bapa mertua Baginda SAW.
Umar Ibnu Khattab sahabat Nabi SAW juga adalah bapa mertua Baginda SAW.
Utsman Ibnu Affan sahabat Nabi SAW adalah menantu Baginda SAW.

Ali Bin Abi Talib sepupu Nabi SAW adalah juga menantu Baginda SAW. 

PEDOMAN MUKMIN - Foto-foto, Berkaitan dengan Rasulullah SAW



PEDANG RASULULLAH SAW





BUSUR PANAH RASULULLAH SAW






BAJU RASULULLAH SAW





JUBAH RASULULLAH SAW





PAKAIAN FATIMA r.ha.





SERBAN, TONGKAT DAN BARANGAN  RASULULLAH SAW






SANDAL RASULULLAH SAW



GIGI RASULULLAH SAW






RAMBUT DAN GIGI RASULULLAH SAW






RAMBUT RASULULLAH SAW






SERBAN RASULULLAH SAW



SERBAN RASULULLAH SAW






TASBIH DAN BARANGAN RASULULLAH SAW







TANAH MAKAM RASULULLAH SAW





BEKAS AIR RASULULLAH SAW













MUZIUM TOPKAPI, ISTANBUL, TURKI 










PEDOMAN MUKMIN - Nama Pedang-pedang Rasulullah SAW

PEDANG-PEDANG RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW pernah memiliki 9 bilah pedang sepanjang hayat baginda. Ada diantaranya tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.



AL-MATHUR DAN AL-QAZEEB (AL QADIB)








  • AL-MA'THUR (Ma'thur al-Fijar)
Dimiliki sebelum menerima wahyu dan diwarisi daripada ayahanda baginda dan dibawa sewaktu hijrah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah SAW akhirnya memberikan pedang tersebut kepada Ali bin Abi Thalib.

Panjang mata pedang ini ialah 99cm. Mempunyai ukiran tulisan Arab 'Abdullah Bin Abdul Muttalib'. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.



  • AL-QAZEEB (AL QADIB)
                Mata pedangnya nipis dan menyerupai sebatang tongkat. Digunakan oleh Baginda SAW sebagai pertahanan apabila membuat suatu perjalanan jauh. Pedang Al-Qazeeb ini tidak pernah digunakan bagi tujuan perperangan.
               
                Di atasnya terdapat ukiran perak iaitu; 'Tiada ada Tuhan melainkan Allah SWT, Muhammad Rasul Allah- Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib'.

                Panjang mata pedang ialah 100 cm dan sarungnya dari kulit haiwan. Pedang ini juga berada di rumah baginda SAW sebelum pedang itu akhirnya sampai ke tangan Khalifah Fatimid.


AL-AZAB DAN AL-BATTAR









  • AL-AZAB (AL-A'DB) ( bermaksud; 'memotong' atau 'tajam')
Dihadiahkan oleh pengikut baginda SAW sebelum meletusnya perang Badar sebagai tanda taat setia dan penghormatan pada Rasulullah SAW. Digunakan oleh Rasulullah SAW ketika perang Uhud. Pedang ini kini berada di Masjid Hussain, Kaherah, Mesir.







  • AL-BATTAR (Pedangnya para Nabi)
Diperolehi Baginda SAW hasil rampasan perang dengan Bani Qayuaqa. Pedang ini disebut sebagai 'Pedang para Nabi' kerana diatasnya terdapat ukiran nama-nama Nabi iaitu Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Yusuf a.s., Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad SAW. Diatasnya terdapat gambar Nabi Daud a.s. ketika memenggal kepala Jalut pemilik asal pedang ini.

Panjang mata pedang ini ialah 101cm. Pedang ini dikatakan akan digunakan oleh Nabi Isa a.s. kelak ketika baginda turun ke bumi untuk menentang Dajjal.



  • HATF
Pedang ini sampai ketangan Rasulullah SAW hasil rampasan perang dengan Bani Qaynaqa. Ianya dikatakan di buat oleh Nabi Daud a.s. dan digunakan sendiri oleh Baginda sebelum akhirnya sampai ketangan Rasulullah SAW setelah disimpan lama oleh suku Levita.

Panjang mata pedang ini ialah 112cm dan lebarnya 8cm. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.



  • AL-MAKHZAM (AL MIKHDHAM)
Ada pendapat mengatakan asalnya dari Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya diberikan kepada Saiyidina Ali Bin Abi THalib dan seterusnya dimiliki oleh anak-anak beliau.
Pendapat lain mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Saiyidina Ali Bin Abi THalib sendiri hasil dari rampasan perang yang dipimpinnya di Syria(Syam).

Panjang mata pedang ini ialah 97cm. Mempunyai ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Zayn Al-Din Al-Abidin'. Kini tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.




  • AL RASUB (AL-RASOOB)
Ada pendapat mengatakan pedang ini dijaga dirumah Rasulullah SAW oleh ahli keluarga Baginda.

Panjang mata pedang ini ialah 140cm serta mempunyai bulatan emas dan didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Ja'far Al-Sadiq'. Ianya juga tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. 





  • QALI (bermaksud; 'timah' atau 'timah putih')
Merupakan salah satu pedang rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada juga yang mengatakan pedang ini dijumpai oleh datuk Rasulullah SAW ketika menemui air zam-zam di Mekah.

Panjang mata pedang ini ialah 100cm. Terdapat ukiran tulisan Arab berbunyi: 'Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah'.





  • DZU AL-FAQAR (bermaksud; pedang dua mata)
Diperolehi Baginda SAW melalui rampasan waktu perang Badar. Pedang ini juga diberi kepada Saiyidina Ali Bin Abi Thalib ketika perang Uhud. Setelah perang Uhud tamat, Saiyidina Ali Bin Abi Thalib mengembalikan semula pedang ini kepada Rasulullah SAW dalam keadaan masih berdarah. Pedang ini akhirnya menjadi milik Saiyidina Ali Bin Abi Thalib dan keluarganya.


Allahuwa Rasullu a'lam