Wednesday 5 March 2014

PEDOMAN MUKMIN – Anak-anak dan Isteri-isteri Rasulullah SAW.


Anak-anak Rasulullah SAW

·         Al Qassim; Merupakan anak sulung Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Al Qassim wafat di Mekah ketika berumur 2 tahun.

·         Zainab; Juga anak Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Zainab berkahwin dengan sepupunya Abu Al’as.


·         Ruqayyah; Juga anak Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Ruqayyah setelah perkahwinan sebelumnya, berkahwin pula dengan Sayidina Ustman Ibnu Affan pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah iaitu selepas perang Badar.

·         Fatimah; Anak Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Fatimah berkahwin dengan sepupu Rasulullah SAW iaitu Sayidina Ali Bin Abi Thalib.


·         Umi Kaltsum; Juga anak Rasulullah SAW  dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Umi Kaltsum setelah perkahwinan sebelumnya, juga berkahwin pula dengan Sayidina Ustman Ibnu Affan setelah isteri Sayidina Ustman sebelumnya iaitu juga merupakan kakak kepada Umi Kaltsum bernama Ruqayyah wafat. Perkahwinan antara Sayidina Ustman dan Umi Kaltsum berlansung pada tahun 9 hijrah.

·         Abdullah; Merupakan anak lelaki kedua Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Abdullah juga dipanggil Tayyib. Wafat juga ketika  masih kecil anggaran lingkungan usia 2 tahun.


·         Ibrahim; Merupakan anak terakhir Rasulullah SAW dengan isteri Baginda yang bernama Siti Mariah. Ibrahim juga wafat pada usia yang masih kecil sekitar 2 tahun. Ada juga yang mengatakan usia kewafatan Ibrahim pada lingkungan umur 16 atau 18 bulan.

Kesimpulannya Rasulullah SAW memperolehi 6 orang cahayamata dengan isteri Baginda yang bernama Siti Khadijah iaitu 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan yang mana kedua-dua anak lelaki Baginda SAW wafat ketika lingkungan usia 2 tahun. Seorang anak lelaki bersama isteri Baginda SAW iaitu Siti Mariah juga wafat pada lingkungan usia 2 tahun.



Isteri-isteri Rasulullah SAW.

                Isteri-isteri Rasululllah SAW ada 13 orang kesemuanya. Dua orang isteri Baginda SAW di kembalikan semula menjadikan jumlahnya 11 orang  manakala dua orang lagi wafat. Empat daripadanya berbangsa Arab Quraish dan ada seorang daripadanya berbangsa Yahudi. Dua orang yang dikembalikan semula adalah kerana seorang dikatakan mengidap penyakit sopak dan seorang lagi mengalami gangguan fikiran atau menghidapi tekanan perasaan.

·         Siti Khadijah Binti Khuwailid. (wafat)
·         Aisyah Binti Abu Bakar.(anak Sayidina Abu Bakar As Siddiq)
·         Hafsah Binti Umar.(anak Sayidina Umar Al Khattab)
·         Ramlah Binti Abu Suffian.
·         Hindun Binti Umaiyah.
·         Saudah Binti Zum’ah.
·         Zainab Binti Jahash.
·         Maimunah Binti Al Hurith.(wafat)
·         Zainab Binti Hilaliah.
·         Juwariah Binti Al Harith.(diriwayatkan antara isteri yang tercantik)
·         Safiah Binti Huyai.(berbangsa Yahudi –Ahlul kitab)


Saturday 1 March 2014

IKTIBAR UNTUK MUKMIN - Saiz Manusia Zaman Dahulu

IKTIBAR UNTUK MUKMIN

           Terkini: Penemuan rangka manusia di selatan timur padang pasir Arab Saudi iaitu di Rab Ul Khalee oleh sebuah syarikat carigali minyak Aramco. Ulama Saudi menyatakan berkemungkinan rangka manusia dari kaum Add pada zaman Nabi Hud.

Wallahu Ta'ala a'lam

SUBHANALLAH




SUBHANALLAH





ALLAHUAKBAR


PEDOMAN MUKMIN – Huruf Al Quran

Bilangan Huruf

·          Bismilah ada 19 huruf.

·         Surah Al Fatihah ada 126 huruf.

·         Al Quran ada 6,236 ayat.

·         Al Quran ada 346,740 huruf.

·         Ada 2,596 ayat Al Quran yang didalam ayat tersebut ada nama Allah.

Wallahu Ta'ala a'lam.

NOTA RINGKAS – Perkara-perkara yang Jarang Diketahui.

NOTA RINGKAS

·         Sehari di Mahsyar bersamaan dengan 50,000 (Lima puluh ribu) tahun. Pandangan Ibnu Kathir hadith dari Imam Muslim dari Abu Hurairah.

·         Apabila umur manusia didunia ini mencecah 100 tahun, ianya hanyalah bersamaan 2 jam 50 minit di akhirat.


·         Sabda Rasulullah SAW,  “Hari yang baik matahari keluar ialah hari Jumaat”. Pada hari Jumaat dijadikan Nabi Adam a.s.. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam a.s dimasukkan ke syurga dan pada hari Jumaat jugalah Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari syurga. (Ibnu Kathir)

·         Jangkamasa antara Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s adalah kira-kira 1000 tahun dan dalam masa itu, tidak berlaku sebarang perkara syirik kerana dipelihara oleh Allah SWT. Syirik yang pertama berlaku ketika zaman Nabi Nuh a.s.


·         Ibnu Khaldun menyatakan bahawasanya Imam Mahdi tidak wujud, akan tetapi hadith tersebut amat daif.

·         Nabi Syuib a.s . adalah antara nabi yang bijak berpidato. Baginda merupakan nabi untuk kaum Madyan. Dikatakan juga bahawa kaum Madyan lah yang pertama kali mengenakan cukai.


·         Pada zaman pemerintahan Khalifaf Umar Ibnu Khattab, rumah-rumah Gabenor tidak dibenarkan memasang pintu bagi memudahkan orang ramai atau orang awam untuk berjumpa dengan Gabenor.

·         Abdul Rahman Bin Auf sentiasa mengiringi Khalifah Umar Ibnu Khattab.


·         Membayar zakat fitrah menggunakan duit bagi menggantikan beras adalah mengikut mazhab Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) kerana tidak dibenarkan oleh Imam Syafie (Mazhab Syafie).

·         Nabi Ibrahim a.s di panggil ‘Abul Ambiya’ (Bapa segala Nabi) kerana kebanyakkan nabi-nabi adalah dari salasilah keturunan Nabi Ibrahim a.s. termasuk nabi kita Muhammad SAW.


·         Ayah Nabi Ibrahim a.s.  bernama Aazar adalah seorang pembuat berhala.

·         Nabi Ibrahim a.s di kandungan ibunya selama 1 tahun 3 bulan dan pada zaman pemerintahan Namrud.


·         Nabi Ibrahim a.s. berkhatan pada umur 180 tahun dan umur baginda ketika wafatnya adalah sekitar umur 800 tahun.

·         Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa Baginda melihat Nabi Ibrahim a.s. ketika beliau mikraj dan Baginda SAW  juga menyatakan bahawa paras rupa Nabi Ibrahim a.s. seakan-akan rupa Baginda SAW.