Tuesday 5 November 2013

RAHSIA BULAN-BULAN ISLAM DAN PENGERTIANNYA



PENAWAR MUKMIN

RAHSIA BULAN-BULAN ISLAM DAN PENGERTIANNYA

MUHARRAM: ertinya yang ‘diharamkan atau dipantangkan’ kerana dalam bulan ini, dilarang menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah dimansuhkannya. [Al-Baqarah ayat 91]

SAFAR: ertinya ‘kosong atau kuning’. Dalam bulan ini, semua lelaki bangsa Arab masa itu keluar meninggalkan rumah samaada pergi berperang , berniaga atau mengembara dan sebagainya.

RABI’UL AWAL:  ‘Rabi’ ertinya ‘menetap’. ‘Awal’ ertinya ‘pertama’. Bulan ini semua lelaki Arab tadinya meninggalkan rumah sudah pulang semula.

RABI’UL AKHIR: ‘Rabi’ ertinya ‘menetap. ‘Akhir’ ertinya ‘penghabisan’. Bulan ini juga semua lelaki Arab tadinya meninggalkan rumah sudah pulang semula.

JUMADIL AWAL: ertinya ‘kering atau beku’. Dalam bulan ini, orang-orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Parit, sungai, telaga dan lembah menjadi kering.

JUMADIL AKHIR: ertinya ‘penghabisan atau beku penghabisan’. Mereka telah mengalami kekeringan air buat kali terakhir.

REJAB: ertinya ‘mulia’. Bangsa Arab dahulu memuliakan bulan ini dengan empat cara iaitu:   
             [a]  1 Rejab, mereka menyembelih anak Unta sebagai korban.
             [b]  10 Rejab, mereka kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak Unta.
                    Amalan ini telah dibatalkan sesudah datangnya Islam.
             [c]  Diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam, larangan ini         
                    dibatalkan.
             [d]  Tanggal 1 Rejab, mereka akan buka pintu Kaabah siang dan malam agar
                    mereka dapat beribadah sepuas-puasnya.

SYAABAN: ertinya ‘berserak-serak’. Dalam bulan ini, orang Arab zaman dahulu berselerak ke lembah-lembah mencari air disebabkan kekeringan air. Di namakan juga berselerak untuk mencari kebajikan.

RAMADHAN: ertinya ‘panas terik atau terbakar’. Cuaca dalam bulan ini amat panas terik sehingga orang yang berjalan kaki di padang pasir tanpa alas kaki, pasti kaki mereka melecur. Sabda Nabi SAW, “Bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa yang telah lalu”.

SYAWAL: ertinya ‘naik’. Pada bulan ini, bila orang Arab hendak naik Unta, dipukulnya belakang Unta lalu ekornya naik sedangkan pada bulan-bulan lain tidak.

DZULQA”DAH: ‘Dzul’ ertinya ‘yang empunya’. ‘Qa’dah’ ertinya ‘duduk’. Dalam bulan ini, semua lelaki tinggal di rumah dan tiada yang bermusafir atau mengembara.

DZULHIJJAH: ‘Dzul’ ertinya ‘yang empunya’. ‘Hijjah’ ertinya ‘haji’. Dalam bulan inilah, semua umat manusia sejak Nabi Allah Adam melakukan ibadah Haji.

Wallahu'alam
Hanya Allah SWT maha mengetahui.