Wednesday, 5 March 2014

PEDOMAN MUKMIN – Anak-anak dan Isteri-isteri Rasulullah SAW.


Anak-anak Rasulullah SAW

·         Al Qassim; Merupakan anak sulung Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Al Qassim wafat di Mekah ketika berumur 2 tahun.

·         Zainab; Juga anak Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Zainab berkahwin dengan sepupunya Abu Al’as.


·         Ruqayyah; Juga anak Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Ruqayyah setelah perkahwinan sebelumnya, berkahwin pula dengan Sayidina Ustman Ibnu Affan pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah iaitu selepas perang Badar.

·         Fatimah; Anak Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Fatimah berkahwin dengan sepupu Rasulullah SAW iaitu Sayidina Ali Bin Abi Thalib.


·         Umi Kaltsum; Juga anak Rasulullah SAW  dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Umi Kaltsum setelah perkahwinan sebelumnya, juga berkahwin pula dengan Sayidina Ustman Ibnu Affan setelah isteri Sayidina Ustman sebelumnya iaitu juga merupakan kakak kepada Umi Kaltsum bernama Ruqayyah wafat. Perkahwinan antara Sayidina Ustman dan Umi Kaltsum berlansung pada tahun 9 hijrah.

·         Abdullah; Merupakan anak lelaki kedua Rasulullah SAW dengan isteri Baginda Siti Khadijah. Abdullah juga dipanggil Tayyib. Wafat juga ketika  masih kecil anggaran lingkungan usia 2 tahun.


·         Ibrahim; Merupakan anak terakhir Rasulullah SAW dengan isteri Baginda yang bernama Siti Mariah. Ibrahim juga wafat pada usia yang masih kecil sekitar 2 tahun. Ada juga yang mengatakan usia kewafatan Ibrahim pada lingkungan umur 16 atau 18 bulan.

Kesimpulannya Rasulullah SAW memperolehi 6 orang cahayamata dengan isteri Baginda yang bernama Siti Khadijah iaitu 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan yang mana kedua-dua anak lelaki Baginda SAW wafat ketika lingkungan usia 2 tahun. Seorang anak lelaki bersama isteri Baginda SAW iaitu Siti Mariah juga wafat pada lingkungan usia 2 tahun.



Isteri-isteri Rasulullah SAW.

                Isteri-isteri Rasululllah SAW ada 13 orang kesemuanya. Dua orang isteri Baginda SAW di kembalikan semula menjadikan jumlahnya 11 orang  manakala dua orang lagi wafat. Empat daripadanya berbangsa Arab Quraish dan ada seorang daripadanya berbangsa Yahudi. Dua orang yang dikembalikan semula adalah kerana seorang dikatakan mengidap penyakit sopak dan seorang lagi mengalami gangguan fikiran atau menghidapi tekanan perasaan.

·         Siti Khadijah Binti Khuwailid. (wafat)
·         Aisyah Binti Abu Bakar.(anak Sayidina Abu Bakar As Siddiq)
·         Hafsah Binti Umar.(anak Sayidina Umar Al Khattab)
·         Ramlah Binti Abu Suffian.
·         Hindun Binti Umaiyah.
·         Saudah Binti Zum’ah.
·         Zainab Binti Jahash.
·         Maimunah Binti Al Hurith.(wafat)
·         Zainab Binti Hilaliah.
·         Juwariah Binti Al Harith.(diriwayatkan antara isteri yang tercantik)
·         Safiah Binti Huyai.(berbangsa Yahudi –Ahlul kitab)


No comments:

Post a Comment