NOTA RINGKAS
·
Sehari di
Mahsyar bersamaan dengan 50,000 (Lima puluh ribu) tahun. Pandangan Ibnu Kathir
hadith dari Imam Muslim dari Abu Hurairah.
·
Apabila
umur manusia didunia ini mencecah 100 tahun, ianya hanyalah bersamaan 2 jam 50
minit di akhirat.
·
Sabda
Rasulullah SAW, “Hari yang baik matahari
keluar ialah hari Jumaat”. Pada hari Jumaat dijadikan Nabi Adam a.s.. Pada hari
Jumaat juga Nabi Adam a.s dimasukkan ke syurga dan pada hari Jumaat jugalah
Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari syurga. (Ibnu Kathir)
·
Jangkamasa
antara Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s adalah kira-kira 1000 tahun dan dalam
masa itu, tidak berlaku sebarang perkara syirik kerana dipelihara oleh Allah
SWT. Syirik yang pertama berlaku ketika zaman Nabi Nuh a.s.
·
Ibnu
Khaldun menyatakan bahawasanya Imam Mahdi tidak wujud, akan tetapi hadith
tersebut amat daif.
·
Nabi
Syuib a.s . adalah antara nabi yang bijak berpidato. Baginda merupakan nabi
untuk kaum Madyan. Dikatakan juga bahawa kaum Madyan lah yang pertama kali
mengenakan cukai.
·
Pada
zaman pemerintahan Khalifaf Umar Ibnu Khattab, rumah-rumah Gabenor tidak
dibenarkan memasang pintu bagi memudahkan orang ramai atau orang awam untuk
berjumpa dengan Gabenor.
·
Abdul
Rahman Bin Auf sentiasa mengiringi Khalifah Umar Ibnu Khattab.
·
Membayar
zakat fitrah menggunakan duit bagi menggantikan beras adalah mengikut mazhab
Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) kerana tidak dibenarkan oleh Imam Syafie
(Mazhab Syafie).
·
Nabi
Ibrahim a.s di panggil ‘Abul Ambiya’ (Bapa segala Nabi) kerana kebanyakkan
nabi-nabi adalah dari salasilah keturunan Nabi Ibrahim a.s. termasuk nabi kita
Muhammad SAW.
·
Ayah Nabi
Ibrahim a.s. bernama Aazar adalah
seorang pembuat berhala.
·
Nabi Ibrahim
a.s di kandungan ibunya selama 1 tahun 3 bulan dan pada zaman pemerintahan
Namrud.
·
Nabi
Ibrahim a.s. berkhatan pada umur 180 tahun dan umur baginda ketika wafatnya
adalah sekitar umur 800 tahun.
·
Rasulullah
SAW ada menyatakan bahawa Baginda melihat Nabi Ibrahim a.s. ketika beliau
mikraj dan Baginda SAW juga menyatakan
bahawa paras rupa Nabi Ibrahim a.s. seakan-akan rupa Baginda SAW.
No comments:
Post a Comment