19 TANDA-TANDA KEMATIAN YANG MULIA (Khusnul Khotimah)
Pertama:
Mereka
yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan
dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk
syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2:
Ke-2:
Kematian
yang disertai dengan basahnya dahi nya dengan keringat atau peluh berdasarkan
hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang
menziarahi seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal
tiba-tiba dahi nya berpeluh maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai peluh di dahinya.” (Hadis Sahih)
Ke-3:
Ke-3:
Mereka
yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya
berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada
hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah SWT melindunginya daripada seksa
kubur.”
Ke-4:
Ke-4:
Meninggal
dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana artinya: “Dan janganlah
sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah SWT
mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira
dengan kurnia yang diberikan Allah SWT kepada mereka dan memberi khabar gembira
kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan
sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah SWT dan
kurniaNya dan bahawa Allah SWT tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang
beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Ke-5:
Ke-5:
Mereka
yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah SWT (bukan terbunuh)
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:“Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah SWT
syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah SWT syahid, barang siapa yang
mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut
syahid dan orang yang tenggelam syahid.”
Ke-6:
Ke-6:
Mati
kerana satu wabah penyakit tahun berdasarkan beberapa hadis antaranya:
Rasulullah SAW bersabda: “Wabah tahun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”
Daripada Aisyah r.ha, ia bertanya kepada Rasulullah mengenai wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak taun itu adalah satu azab (bala) daripada Allah SWT yang dihantar kepada siapa yang dikehendakinya, dan Allah SWT menjadikannya sebagai rahmat bagi hambanya yang beriman. Maka seseorang (Mukmin) yang berada di daerah yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di situ dan bersabar menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan terkena kecuali menurut apa yang telah ditentukan Allah SWT. Baginya pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
Daripada Aisyah r.ha, ia bertanya kepada Rasulullah mengenai wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak taun itu adalah satu azab (bala) daripada Allah SWT yang dihantar kepada siapa yang dikehendakinya, dan Allah SWT menjadikannya sebagai rahmat bagi hambanya yang beriman. Maka seseorang (Mukmin) yang berada di daerah yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di situ dan bersabar menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan terkena kecuali menurut apa yang telah ditentukan Allah SWT. Baginya pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
Ke-7:
Mereka
yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Ke-8 dan ke-9:
Ke-8 dan ke-9:
Mereka
yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW:
“Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, karena penyakit perut, yang
tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah SWT.”
Ke-10:
Ke-10:
Matinya
seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin
Shamit r.a bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah r.a dan
berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah
kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim
adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku,
terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang
mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke
syurga).”
Ke-11 dan ke-12:
Ke-11 dan ke-12:
Mereka
yang mati karena terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di
tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir
bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan
Allah SWT: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati
kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut
syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan
wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
Ke-13:
Ke-13:
Mereka
yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah SWT syahid, wanita yang mati kerana
melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan
yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis
Hasan)
Ke-14:
Ke-14:
Mereka
yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu
ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang
terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil
tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka
dia syahid.”
Ke-15 dan ke-16:
Ke-15 dan ke-16:
Mereka
yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh
kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid,
barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
Ke-17:
Ke-17:
Mereka
yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah SWT.
Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath
sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan
jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan
dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18:
Mati
ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan
wajah Allah SWT lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang
siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika
mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu
sedekah mengharapkan wajah Allah SWT lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia
masuk syurga.”
Ke-19:
Ke-19:
Mereka
yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul
Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia
memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.”
Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Wallahu taala a’lam.
Wallahu taala a’lam.
No comments:
Post a Comment