LARANGAN TIDUR MENIARAP.
Dari Abu Dzar r.a; beliau mengatakan ,
“Suatu hari Nabi SAW berjalan melewati ku dan waktu itu, aku sedang tidur
meniarap ataupun tengkurap. Maka Baginda SAW pun membangunkan aku menggunakan
kakinya dan berkata, “Hai Junaidip (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara
berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka”.(Hadith riwayat
Ibnu Majjah)
Rasulullah SAW pernah melihat ada seseorang
berbaring diatas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya
cara berbaring seperti ini di benci oleh Allah SWT”. (Hadith riwayat At
Tirmidzi)
CARA MEMAKAI KASUT.
Dari Aisyah r.ha, katanya Rasulullah SAW
bersabda; “Kalau memakai kasut, pasang yang sebelah kanan terlebih dahulu, dan
kalau membukanya, yang kiri terlebih dahulu. Jadinya yang kanan yang mula di
pakai dan yang terakhir di buka”. (Sahih Bukhari)
AIR TERCEMAR OLEH LALAT.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW
bersabda; “Apabila lalat masuk dalam minuman kamu, hendaklah tenggelamkannya,
kemudian dibuang lalat itu, kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi
penyakit dan satu lagi mengandungi ubat”. (Sahih Bukhari)
No comments:
Post a Comment