Tuesday, 12 August 2014

CERITA - TANGISAN NABI ADAM a.s.

KESEDIHAN DAN TANGISAN NABI ADAM a.s.

Nabi Adam a.s menangis selama 300 tahun kerana teramat malu kepada Allah SWT sejak terkeluar dari syurga akibat dari tipu daya iblis. Baginda juga tidak mengangkat kepalanya kelangit kerana  berasa malu yang amat sangat kepada Allah SWT.
Baginda sujud diatas gunung selama seratus tahun dan kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang serantip. Dari air mata Baginda lah Allah SWT tumbuhkan pokok kayu manis serta pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Baginda dan mengatakan “Sedap sungguh air ini’.
Nabi Adam a.s. mendengar kata-kata burung tersebut dan Baginda menyangka burung-burung tersebut mengejeknya kerana menderhaka kepada Allah SWT. Ini membuatkan Baginda makin hebat menangis, lalu akhirnya Allah SWT menurunkan wahyunya yang bermaksud “Hai Adam, Aku belum pernah menciptakan air minuman yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu”.

Wallahu taala a,lam 

No comments:

Post a Comment