9 MIMPI RASULULLAH SAW.
Daripada
Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesungguhnya
aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israkkan".
1.
Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut
dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhan kepada kedua
ibubapanya..
2.
Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wudhu nya yang sempurna.
3.
Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang
tulus ikhlas kepada Allah SWT.
4.
Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api
neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke
duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak
menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.
5.
Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi
satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala puasanya yang
ikhlas kepada Allah SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6.
Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
mandi junub dengan rukunnya yang sempurna sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7.
Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8.
Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah sifat silaturahimnya dan tidak
suka bermusuh-musuhan sesame umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9.
Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah
menjelma pahala sedekahnya yang ikhlasnya kerana Allah SWT lalu menabir muka
dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment