DUGAAN DAN CABARAN
ULAMA-ULAMA TERSOHOR.
Imam Syafie:
Tangan
dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir
dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi:
Ditangkap,
dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu
meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki:
Disebat
dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana
sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali:
Dipenjara
oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana
mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah
menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri:
Seorang
wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur
kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan
kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati
tertimbus tanah.
Said bin Jubair:
Seorang
wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan
masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al
Bustami:
Wali
Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya
lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada
siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri:
Wali
Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia
menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam
negara.
Imam Nawawi:
Hampir-hampir
dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan
pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal
sepanjang zaman.
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment