HARI-HARI DALAM
ISLAM.
Sahabat-sahabat
Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi SAW
1. Jumaat:Hari Jumaat adalah hari yang
baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
2. Sabtu :Hari Sabtu adalah di
namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish
telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
3. Ahad: Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
3. Ahad: Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
4. Isnin: Hari Isnin adalah hari yang
baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi
Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan
keuntungan dari perniagaannya.
5. Selasa: Hari Selasa adalah hari
berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu
pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
6. Rabu: Hari Rabu adalah hari kebinasaan
yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama
kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh a.s.,
juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
7. Khamis: Hari Khamis adalah hari yang
baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke
istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan
isterinya Siti Sarah.
Wallahu taala
a’lam
No comments:
Post a Comment