ANTARA SIFAT-SIFAT TERCELA.
SYARHUL THAA’AM.
Ertinya gemar pada makanan atau
makan terlalu banyak.
SYARHUL KALAM.
Ertinya suka bercakap yang
sia-sia iaitu percakapan yang tidak membawa faedah kepada dunia maupun
akhiratnya.
GHA’DHAB.
Ertinya bersifat dengan sifat
pemarah dan atau panas baran serta cepat melenting walaupun kesilapan berlaku
pada perkara yang kecil.
BUKHI.
Ertinya bakhil atau kedekut
meskipun untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah SWT.
HASAD.
Ertinya dengki akan nikmat yang
ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebehi
dirinya.
HUBBUL JAH.
Ertinya cintakan kepada
kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai kepada ibadah serta berzikir
kepada Allah SWT.
HUBBUN DUNYA.
Ertinya cintakan dunia secara
keterlaluan sehingga lalai kepada ibadah serta berzikir kepada Allah SWT.
KIBR.
Ertinya bongkak atau sombong,
dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan tinggi dari orang lain.
UJUB.
Ertinya merasakan dirinya telah
banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya adalah
nikmat dari Allah SWT.
RIAK.
Ertinya menunjuk-nunjuk dengan
amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian serta sanjungan untuk dipandang
mulia oleh manusia, bukan kerana Allah SWT.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment