CARA RASULULLAH
SAW MAKAN DENGAN PENUH HIKMAH.
Rasulullah SAW memulakan
makan dengan menyebut “Bismillah”
Dari 'Aisyah r.ha. berkata: Rasulullah SAW
bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah
(yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula
makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang
memulai dan yang mengakhiri)". (Hadith Riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi)
Dari 'Amr bin Abu Salamah r.a., katanya: "Rasulullah
SAW bersabda kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan
kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu". (Hadith Muttafaq
'alaih)
Dari Umayyah bin Makhsyi As-Shahabi r.a., katanya:
"Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang
makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal
melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal
tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: “Bismillahi awwalahu wa akhirahu”.
Kemudian Nabi SAW ketawa lalu bersabda: “Tidak henti-hentinya syaitan tadi
makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah
(yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh
makanan yang telah ada dalam perutnya”. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i)
Dari Aisyah r.ha., katanya: "Rasulullah SAW
(pada suatu ketika) hendak makan sesuatu makanan bersama enam orang
sahabat-sahabatnya. Lalu datanglah seorang Arab (penghuni pedalaman negeri
Arab), kemudian makan makanan itu dalam dua kali suap saja. Rasulullah SAW lalu
bersabda: "Sesungguhnya saja andaikata orang ini suka membaca Bismillah
(sebelum makannya tadi) nescaya makanan itu dapat mencukupi engkau semua pula
(kerana adanya keberkahan dalam makanan itu)". (Hadith riwayat oleh Imam
Tirmidzi)
Membaca Bismillah sebelum makan insyaallah boleh
mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan
Allah SWT, apabila Bismillah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.
1.Baca doa sebelum
makan
Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada apa
yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka".
2.Gunakan tangan
kanan (tangan kiri dilarang)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki
sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW. Maka
Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu
berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh?
Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat
diangkat tangannya ke mulut". (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu
makan dan minum dengan (tangan) kirinya". (Hadith Riwayat Muslim)
3.Makan garam
secubit sebelum makan
Mengikut cara Rasulullah SAW sebelum baginda makan,
Baginda SAW akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu
Rasullah SAW akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah
Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3
macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri.
Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama
penghadaman.
Mengapa menghisap
garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang
diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama
dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan
yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber
mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut
Dr, di hospital-hospital, kaedah rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan
memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan
makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
1.Mula makan dari
tepi (pinggir)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi SAW bersabda:
"Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari
tepi dan jangan mulakan makan dari tengah". (Hadith Riwayat Abu Dawud dan
Tirmidzi)
2.Makan yang berhampiran.
Sabda Rasulullah SAW: "Dan makanlah dari
apa-apa yang ada di dekatm". (Hadith Muttafaq 'alaih)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku
merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW, dan pernah tanganku menjalar-jalar ke
serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW berkata: "Wahai
budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa
yang hampir denganmu". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
3.Galakan guna tiga
jari.
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat
Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari
tengah)". (Hadith Riwayat Muslim)
4.Kunyah makanan
banyak kali (40 Kali)
Rasulullah SAW akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses
makanan itu.
5.Larangan mencela
makanan dan sunat memuji makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak
sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka
Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi SAW meminta lauk
pauk kepada keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai
melainkan cuka. Baginda SAW lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta
bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah
cuka". (Riwayat Muslim)
6.Makruh bersandar
ketika makan
Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a.,
katanya: "Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil
bersandar (muttaki')". (Hadith Riwayat Bukhari)
Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah
orang yang duduk sambil bersandar pada alas sandaran yang diletakkan di
bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di
atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki
untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak lurus dan tidak
bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan oleh
al-Khaththabi.
Selain Al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya
muttaki' ialah orang yang miring duduknya pada bahunya yang sebelah.
Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat
Rasulullah SAW makan kurma sambil duduk berjongkok". (Hadith Riwayat
Muslim)
Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan
kedua punggungnya ke bumi dan mendirikan kedua betisnya.
Maka kandungan dari hadith larangan makan sambil
bersandar di atas, adalah sunnah makan sedikit dan tidak melampaui batas yang
diperlukan, tawadhu' ketika makan dan tidak boleh menyerupai orang kafir, serta
dilarang makan sambil bersandar.
Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah
menyaksikan Rasulullah SAW duduk bertinggung sambil makan kurma". (Hadith
Riwayat Muslim)
Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.
7.Kutip makanan
yang terjatuh.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah SAW,
"Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan
buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia
untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia
menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian
mana yang terdapat keberkatan". (Hadith Riwayat Muslim)
8.Jilat jari
setelah selesai
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan
disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain
melakukannya". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat
Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau
selesai lalu menjilatinya". (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah SAW menyuruh
untuk menjilati jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya
engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan
itu". (Riwayat Muslim)
9.Doa selepas makan
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi SAW apabila
selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira
makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' ".(Hadith
Riwayat Bukhari)
Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah
pujian yang elok lagi berkat, tiada yang lebih baik, tempat berserah yang
paling baik, yang paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami".
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW
bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah-
illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin',
akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang
memberiku makan makanan ini dan memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya
dariku".
10.Meramaikan orang
untuk makan bersama
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah
SAW bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang
sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang". (Hadith Muttafaq
'alaih)
Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua
orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan
empat orang itu dapat mencukupi lapan orang". (Hadith Riwayat Muslim)
11.Galakan bercakap
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan,
“Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits
yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab
memuji makanan”. Imam Abu Hamid Al-Ghazali dalam kitab Al-Ihya mengatakan
bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan,
membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan”. (Al-Adzkar hal 602)
Menurut Al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn Al-Qayyim,
pendapat yang benar ialah Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan. Dalam
kitabnya AlZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini
dan memuji menu tersebut. (Hadith
Riwayat Muslim), ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum
keluarganya (Hadith Riwayat Al Bukhari) dan ada ketika Nabi sentiasa
menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith
Riwayat Al Bukhari). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan
senyap sepi dari perbualan.Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan
penuh di dalam mulut.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment