7 ROMBONGAN IBLIS
DAN SYAITAN WAKTU SAKARATUL MAUT.
Iblis
dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan
manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka,
dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan
rombongan.Hadith Rasulullah SAW menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku
berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut”.
Rombongan 1:
Akan
datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh
seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang
lazat-lazat.
Maka
disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak
dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan
Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati
yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan 2:
Akan
datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri
sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala
yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya
saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka
seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu
disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT,
matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3:
Akan
datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut
itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang
yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung,
maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi,
maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika
dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang
cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang
kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu
di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik
dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4:
Akan
datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang
yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di
dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada
musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia
sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.
Rombongan 5:
Akan
datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati
itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang
yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu
dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa
oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,berkata dengan rayu-merayu
“Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan
berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami
sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam
syurga”.
Maka
dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu
matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam
neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6:
Akan
datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak
kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan
dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh
itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”
Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit
itu datang kembali.
Lalu
datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami
datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik,
tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”.
Berkata
orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu”.
Berkata
ulama Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan
hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang
tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak
mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika
itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan
dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang
dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu
bertanya kepada ulama palsu:
“Bagaimanakah
Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu
berkata ulama palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka
kepadamu“.
Apabila
tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang
yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata
Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata
orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini
ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan
belakangnya.
Sedangkan
Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu.
Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini”.
Dalam
keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka
matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka
dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7:
Rombongan
Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72
barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad
akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli
sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah
bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang
setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah
kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa
Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis
yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam
sakaratul maut.
Bersesuaian
dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih
hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah”.
Wallahu
taala a’lam
No comments:
Post a Comment