MISTERI MAYAT DIATAS KUBAH MASJID NABAWI.
JENAZAH ATAS KUBAH MASJID NABAWI |
Qubbatul Khadhra '(kubah hijau) yang terlihat megah
di Masjid Nabawi berfungsi menaungi kubur jasad Rasulullah SAW yang mulia
didampingi kedua-dua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan
Umar bin Khattab ra. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul SAW
kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah SWT dikuburkan di mana dia meninggal
dunia. Sebagaimana sabda Nabi SAW: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi melainkan
dikebumikan di mana dia meninggal dunia. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Sejarah bercerita, ketika Nabi SAW sampai di Madinah, pertama sekali dilakukan
Nabi Muhammad SAW adalah membangunkan Masjid Nabawi dengan membeli tanah dengan
harga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30
m.
Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang kering,
bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah timur bangunan
Masjid Nabawi dibina rumah Nabi SAW, dan sebelah barat dibina bilik untuk
orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali
dengan tempat Ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).
Pada tahun ke 7 Hijrah, Nabi SAW mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke
arah timur, barat, dan utara sehingga berbentuk bujur 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 meter
persegi dan program jangka panjang untuk memperluaskan Masjid Nabawi seperti
yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi SAW dengan sabdanya
menjelang wafat: "Selayaknya kita memperluaskan masjid ini".
Pada tahun ke 17 Hijrah, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah
kedua, memperluaskan ke arah selatan dan barat masing-masing 5 meter dan ke utara
15 meter, dan dilanjutkan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluaskan ke
arah selatan, utara dan barat masing -masing 5 meter pada tahun ke 29 Hijrah.
Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada
tahun 88 Hijrah, memperluaskan ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah timur
(rumah Nabi SAW) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi
Muhammad SAW, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk bahagian dari
masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya berasingan dari masjid.
Inilah yang menjadi pembahasan para ulama dan fuqaha di dalam Fikih
Islam, iaitu mendirikan bangunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di
atas kubur. Ini kerana Nabi SAW bersabda: “Allah mengutuk umat Yahudi dan
Nasrani yang membuat kuburan para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat
ibadat)”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan
pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (Tahun 1115 H / 1703 M di Masjid Arab
Saudi, dan aliran ini disebut oleh para penentangnya sebagai aliran Wahabiyah,
dan aliran Salafi). Secara umumnya tidak
boleh melakukan aktiviti ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan
membina kubah di atas kubur.
Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi
untuk dihancurkan lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya
melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak boleh diturunkan sampai sekarang.
Syeikh Zubaidy iaitu ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di
kota Madinah bermimpi dan terdengar suara yang mengatakan "Tidak ada satu
orang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut agar orang yang belakangan hari
dapat mengambil iktibar".
Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan secara
langsung dengan mata kepala.
Tauladan yang dapat diambil dari kisah ini ialah terlepas dari
kebenarannya, bahawa kembali kepada tauhid yang murni seperti zaman Rasulullah
SAW adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti
menerimanya, jika tidak mahu menjadi orang musyrik. Akan tetapi penyelenggaraan
nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting kerana Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya
di dalam sejarah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal”.
(Yusuf: 111).
Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak
dihormati, kuburannya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari
sejarah tersebut? Adapun maksud Nabi SAW, Allah SWT mengutuk Yahudi dan Nasrani
menjadikan kubur sebagai tempat ibadah dan ianya adalah menyembah kubur.
Wallahu taala a'lam
No comments:
Post a Comment