MENGENAL LELAKI DARI BULAN KELAHIRANNYA.
Muharram:
Seorang yang pendiam, sihat
pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna,
walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat
fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu berada dalam selamat.
Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu
mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi
susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan
dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang
menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras,
dan mudah marah.
Rabiul Akhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi
sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal:
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad.
Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan
tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .
Jamadil Akhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia
tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya
perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana
jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik
agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap
merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa
kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu
kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi
bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam
segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rrezeki .
Ramadhan:
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya lalu selamat.
Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya
menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik
dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala
menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk
mendapat hasil yang memuaskan.
Wallahu
Taala a’lam
No comments:
Post a Comment