7 SUNNAH NABI SAW YANG PATUT
DIAMALKAN.
Solat Tahajjud ialah solat
apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir
iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2
rakaat. Di antara fadhilatnya:
Mendapat pengawasan Allah dan
menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
Dikasihi oleh para ahli ibadah
dan orang mukmin.
Percakapannya menjadi hikmah
dan bijaksana.
Dimudahkan hisab ke atasnya.
Mendapat catatan amal dari
tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bangunlah pada sebahagian
dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya,
sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al-Isra : 79)
2. Membaca Al Quran
Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran merupakan
salah satu sunnah Rasulullah SAW terutamanya membaca Al-Quran pada waktu
sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan
mentadabbur isinya. Jadikan Al Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan
Al Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al Quran sebagai bacaan, panduan
dan membudayakan Al Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Al Quran ini
memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita
yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka beroleh pahala yang besar”. (Surah Al-Isra : 9)
3. Jangan Tinggalkan
Masjid
Solat yang lebih baik adalah
solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid
sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga
akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadith Nabi Muhammad SAW
yang bermaksud:
"Sungguh, alangkah ingin
aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk
mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa
ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk
membakar rumah mereka dengan api".
4. Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat
yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, kerana solat
sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki
dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari
sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW
pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah
atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha”. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5. Jaga Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu
mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan
dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin
bersedekah, Allah SWT akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan jangan sekali-kali
orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada
mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi
mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka, mereka akan dikalongkan (diseksa)
dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak, dan bagi Allah
jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi, dan (ingatlah), Allah
maha mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang
nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu
orang-orang yang benar (dalam apa ang kamu dakwakan itu)?". (Surah Al-Imran
: 180)
6. Jaga Wudhuk Terus
Menerus
Wudhu adalah salah satu cara
untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan
disayangi oleh Allah SWT. Kata Saidina Ali bin Abu Tholib:
"Orang yang selalu
berwudhuk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan
dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah".
7. Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon
keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan
dan berjanji kepada Allah SWT tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman
Allah yang bermaksud:
“Dan Allah SWT tidak
sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (wahai Muhammad) ada di antara
mereka; dan Allah SWT tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar
(meminta ampun)”. (Surah Al-Anfal : 33)
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment