3
AMALAN PADA HARI JUMAAT.
1. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW
bersabda: "Sesungguhnya
harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkan selawat kepada
ku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepada ku”. Para
sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepada mu
sedangkan tubuh mu telah hancur?”. Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya Allah
mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi untuk tidak hancur”. (Hadith Riwayat Abu
Daud, Nasa'i dan ibnu Majah)
2. Membaca Surah Al-kahfi
Daripada Umar r.a.
berkata: Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada
bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan
diampunkannya antara dua Jumaat”.
3. Berdoa di waktu mustajab
Daripada Abu
Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan
Baginda SAW bersabda: “Padanya
(hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah)
yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan
sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia
mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadith Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Waktu Mustajab Berdoa:
1. Ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat.
2. Selepas waktu Asar berdasarkan hadith Nabi:
Erti : Hari Jumaat
ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan
diberikan (maqbul), maka carilah ia dihujung waktu selepas solat Asar. (Hadith
Riwayat Abu Daud)
Wallahu taala
a’lam
No comments:
Post a Comment