41 TANDA JIN ADA DIDALAM BADAN.
Ada ramai juga di
kalangan kita yang tak ambil peduli pasal jin. Kita biasanya memandang remeh
jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir
manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat
iman.
Itu kata-kata
mereka yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau
rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang
hidup asyik menyalahkan jin.
Bagi mereka yang
berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan
marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru
tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal
seperti itu.
Jika kawasan yang
orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan
tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka.
Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.
Persamaan jin dengan orang gila
Saya pernah
berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan
bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat
dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu
gila, dan dia buat apa yang dia suka.
Untuk megelak
perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang
gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat
mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.
Begitulah juga
dengan jin. Nas-nas sahih ada menceritakan tentang kewujudan mereka. Menolak
wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati
dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan
bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia
sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.
Simptom kena jin
Baguslah jika anda
termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin
sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering
mengalami masalah-masalah yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di
dalam badan anda.
1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Sukar tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan
sebagainya.
10. Bermimpi bayi
atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi di
tempat tinggi.
12. Bermimpi di
tempat yang kotor.
13. Sakit anggota
badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa
benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap
menangis.
16. Bunyi guli jatuh
diatas syiling.
17. Suami isteri
kerap bertengkar walau perkara kecil.
18. Sayang
melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19. Malas
beribadat.
20. Nyanyuk ketika
usia lanjut.
21. Panas baran.
22. Sikap berubah
secara mendadak.
23. Gelisah dan panas
ditengkuk bila dengar al-quran.
24. Suka melakukan
tabiat buruk.
25. Kerap sendawa
bila mendengar al-quran.
26. Kerap
keguguran.
27. Gagal melakukan
hubungan kelamin.
28. Mengantuk bila
dengar al-quran.
29. Bermimpi seram
yang menakutkan.
30. Darah haid
turun lebih 15 hari.
31. Batuk yang
berpanjangan.
32. Selalu ditindih
ketika tidur.
33. Kuat berangan.
34. Terlalu rasa
rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35. Nafsu seksual
yang melampau.
36. Selalu melihat
kelibat dirumah.
37. Terasa diri
selalu diperhatikan.
38. Mandul.
39. Kerap mendengar
sesuatu bisikan.
40. Melihat jin
secara terus.
41. Sakit mental
atau gila.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment