ANTARA TIDUR YANG MENDAPAT PAHALA
Antara
sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.
Sebelum dan selepas
tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.
Jangan tidur
menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Barangsiapa yang
membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33
kali, Allahuakbar 33 kali.
Baca 4 Qul (An-Nas,
Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca
bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim
sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan
gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Niat untuk bangun
Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira seolah-olah dia bertahajud
sepanjang malam. Tahajud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan
orang.
Ambil wudhu sebelum
tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Maafkan semua
kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
Tidur cara
Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah
Nabi SAW yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah
daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada
buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi SAW,
dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika
tidur. Mengapa?. Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina.
Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin
akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak
ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan
Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Jika
salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga
hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk
berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci
dirinya sendiri.
Islam mementingkan
tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik
dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan
kecergasan dalam diri seseorang. Bukan itu sahaja, tidur bagi seorang muslim
juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam
antaranya:
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok
gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk
sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. Insyaallah tidur
anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.
2. Perut Tidak
Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda
tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok
untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang
kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi
masalah sukar untuk bangun.
3. Mengingati
Kesilapan
Sebaik sahaja anda
meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda
lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik,
tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi
sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah
untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.
4. Membaca Doa dan
Surah Tertentu
Ketika ingin
melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu.
Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke
kiblat.
Rasulullah SAW
sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya
dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh
badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini
diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk
Bangun Awal
Anda juga
digalakkan untuk membaca surah Al-Kautsar sebanyak tiga kali sambil berniat di
dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri
dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga
dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah SWT kerana
telah memanjangkan usia lalu berdoa: Segala puji bagi Allah SWT yang telah
menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan.
Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment