Friday, 1 August 2014

INFORMASI - BATU HITAM SIJJIL

BATU HITAM SIJJIL

Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam Al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat Al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

BATU HITAM SIJJIL
di dalam surah itu, Allah SWT memerintah burung ababil untuk melontar batu sijjil bagi memusnahkan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah dalam usahanya meruntuhkan Kaabah di MAkkah.
Allah SWT berfirman," Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah Abrahah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong (Thairan Ababil), yang melempari mereka dengan batu dari neraka sijjil. Lalu, Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang di makan (ulat)". (Surah Al-Fil : Ayat 1-5)

SAIZ BATU 
Gamdi berkata dia menemui batu berwarna hitam kelabu itu diselatan lembah Jarb, sebelum ini dikenali sebagai Wadi Hijau, lokasi Abrahah dan tenteranya serta gajah berhenti untuk seketika sebelum menuju ke Makkah.

Beliau berkata, pakar menganggarkan bau itu berusia hampir 1442 tahun, sambil menambah beliau menemuinya  sehari selepas bermimpi berjumpa bapa dan datuknya.

“Setahun selepas saya menemui batu ini, saya bertanya seorang rakan dari Mesir yang mempunyai saudara bekerja dalam bidang arkeologi. Mereka menghubungi saya dan meminta saya menghantar gambar batu berkenaan”.

"Selepas siri mesej dan panggilan telefon, mereka memberitahu mahu membeli batu itu pada harga AS$4juta tetapi saya enggan menjualnya. Tidak lama kemudian jabatan pelancongan di Baha meminta saya menyerahkan batu itu tetapi saya enggan", kata Gamdi.

Wallahu Taala a’lam


No comments:

Post a Comment