6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN
Allah SWT selesai menciptakan Jibril a.s. dengan bentuk yang cantik, dan
Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibril
a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?".
Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril a.s. solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud:
"Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad".
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu".
Kemudian Jibril a.s. berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?".
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Ya Jibril, akan Aku
berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal".
Kemudian Jibril a.s. meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibril a.s. mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril a.s.
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,terbanglah malaikat
jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?".
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang mereka kerjakan".
Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
4. Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
5. Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
6. Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment