4
JENIS LELAKI YANG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA.
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak
mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam. Tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:

4 jenis lelaki ditarik perempuan
ke neraka
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan”. (At Tahrim : 6)
Wallahu taala a’lam
Wallahu taala a’lam
No comments:
Post a Comment