Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim AS (yang turut
dikenali sebagai Abram @ Abraham) mempunyai tiga orang isteri iaitu Sarah,
Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala
Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Manakala Keturah pula telah
melahirkan enam orang anak iaitu Imran, Jokhsan, Medan, Midian, Ishbak dan
Shuah. Dari Nabi Ishak terhasil keturunan bangsa Yahudi manakala dari Nabi
Ismail terlahirlah keturunan bangsa Arab. Didalam kebanyakan teks-teks
Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua isteri
pertama dan kedua Nabi Ibrahim iaitu
Hajar dan Sarah berbanding dengan Keturah iaitu isteri bongsu Nabi Ibrahim.
Sarah yang mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui dengan
jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat tinggal Nabi Ibrahim, manakala
Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks
Yahudi dan Kristian mengklasifikasikan Keturah sebagai “unknown nationality”.
Persoalannya: “Siapakah Keturah ini? Dari manakan dia berasal?”
Telah ditakdirkan bahawa dari perut Keturah ini telah lahir
bangsa-bangsa penakluk yang agung seperti Chaldea, Media dan Parsi, yang
mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan selainnya dari kalangan
Melayu yang merupakan cucu cicit Nabi Noh dari rantaian keluarga keturunan
(jurai keturunan) Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s, dimana didalam teks
Yahudi Kuno ada menyatakan “kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang
menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah”. Selama
beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh
bangsa-bangsa kejam dan ganas serta teramat gagah ini sehingga dibayangkan
didalam hikayat-hikayat mereka sebagai
'raksaksa', 'orang gasar (barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya. Jika
kita lihat didalam kisah Nabi Musa, ketika Nabi Musa ingin kaumnya memasuki
Tanah Palestin , kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat
'kaum yang ganas' di Tanah Palestin sehingga mereka sanggup mengeluarkan
kata-kata berikut kepada Nabi Musa “Biarlah engkau sahaja yang pergi berperang
bersama Allah, dan kami menunggu disini”.
Akibat dari trauma dengan sejarah buruk bangsa mereka yang dibuli dan
dilayan dengan kejam oleh saudara-saudara mereka yang berasal dari sebelah ibu
tiri mereka iaitu Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf
isteri-isteri Nabi Ibrahim a.s, dimana hanya Sarah sahaja yang disebut sebagai
isteri manakala Hajar dan Keturah disebut sebagai gundik (concubine). Perkara
ini dapat kita lihat didalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru
(Injil), dimana mereka telah mengubah tafsiran terhadap isteri-isteri Nabi
Ibrahim a.s. Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s selaku Rasul Allah yang sangat alim
dan warak tidak pernah sekalipun membezakan isterinya-isterinya, dan ini dapat
dilihat ketika peristiwa dimana baginda dikehendaki menghantar Siti Hajar dan
anaknya Ismail seperti yang diarahkan oleh Allah SWT ke lembah yang sangat
gersang di Mekah. Betapa hancur dan pilu hati baginda melihat isterinya dan
anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas dan
kering, namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan dengan mengingatkan tanah yang
dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama
anaknya Ismail kemudian hari. Pada asalnya Siti Sarah adalah perempuan yang
mandul sebelum Allah SWT mengurniakan Ishak kepadanya pada usianya yang telah
terlampau tua. Kerana itulah Siti Sarah berkeras untuk mengahwinkan Siti Hajar
yang disangkanya hamba perempuan Fir'aun (sedangkan beliau ialah anak perempuan
Fir'aun) dengan suaminya Nabi Ibrahim a.s, bagi mendapatkan zuriat dan
keturunan. Bukan sahaja direndahkan martabat dengan dikatakan gundik, malah
perasaan rasis mereka terhadap Keturah turut mengheret keturunan Siti Hajar
bersama, dimana Siti Hajar dikatakan hamba Fir'aun dan ada juga yang
menggelarkannya gundik Fir'aun. Hakikatnya Siti Hajar ialah Puteri Fir'aun yang
diserahkan kepada Nabi Ibrahim a.s sebagai menebus rasa bersalah Fir'aun ketika
itu, yang ingin memperkosa Siti Sarah ketika Nabi Ibrahim a.s dan Siti Sarah
berada dalam tahanannya. Dengan kuasa Allah SWT, setiap kali Fir'aun datang
untuk memperkosa Siti Sarah perbuatannya akan terhalang secara aneh, berkat doa
Nabi Ibrahim a.s. Kejadian aneh itu menyedarkan Fir'aun bahawa Nabi Ibrahim a.s
bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang yang suci dan perlu
dihormati. Akibat dari rasa bersalah yang teramat sangat, Fir'aun bukan sahaja
membebaskan kedua-duanya dari tahanan beliau malah turut membekalkan seorang
seorang perempuan muda yang bertutup mukanya sebagai “kifarat” dan hadiah
kepada Nabi Ibrahim a.s. Rahsia perempuan muda itu terbongkar sewaktu didalam
perjalanan pulang apabila Nabi Ibrahim a.s membuka penutup kepala perempuan itu
sambil bertanyakan asal usulnya, yang pada awalnya disangkakan seorang hamba
yang dihadiahkan kepada mereka. Alangkah terkejutnya baginda dan Siti Sarah
apabila mendengar pengakuan perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Fir'aun
iaitu Puteri Diraja. Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran
kepada Allah SWT, yang sememangnya berkehendak menjaga keturunan baginda
sebaik-baik keturunan. Jadi keturunan Nabi Ismail yang diperturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW sebenarnya berasal dari keturunan diraja dari empayar agung
Fir'aun, yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu. Keturunan
Fir'aun ini tidak sama dengan keturunan Fir'aun di zaman Nabi Musa a.s, kerana
Fir'aun ini hidup lebih lama dari Ramses II dan sezaman dengan Nabi Ibrahim
a.s.
Perlu diingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim a.s tidak ada bangsa
yang dinamakan bangsa Yahudi, dan sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s bukanlah dari
keturunan Yahudi. Baginda berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan
bangsa Hitties yang telah pupus, dan bangsa misteri di Mesir (bangsa Fir'aun)
yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada
bangsa Qibti, iaitu bangsa yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah
Ramses II di zaman Nabi Musa a.s. Di dalam Al Quran ada disebut : “Wahai
ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, padahal
Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim.
Patutkah kamu berdegil hingga kamu tidak mahu menggunakan akal?.... Bukanlah
Ibrahim itu seorang pemeluk Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”
(Ali Imran: 65-68).
Bangsa Yahudi diturunkan dari ranting keturunan Nabi Ishak dimana
anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam
(kerana kegemaran Nabi Yaakub berjalan malam). Dari Nabi Yaakub ini lahirlah
anak-anak termasuk Levi, Yusuf, Bunyamin dan Yahudza. Jika diperhatikan dari
sini telah terdapat unsur-unsur perkataan yang memaparkan karakter bangsa Yahudi
seperti Levi dan Yahudza. Bunyamin (Benjamin) pula merupakan adik kesayangan
Nabi Yusuf, yang ditemui semula setelah sekian lama terpisah oleh Nabi Yusuf
yang ketika itu menjawat jawatan tinggi didalam kerajaan Raja Mesir (pemerintah
Mesir pada ketika itu digelar al-Aziz bermaksud raja). Pada waktu itu, bangsa
Yahudi masih menjadi bangsa yang dibuli dan dibelasah serta berada di bawah
pemerintahan bangsa purba lain yang lebih gagah sehinggalah mereka iaitu bangsa
Yahudi ini menjadi kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri di era Nabi
Sulaiman dan Nabi Daud.
Dalam pada itu keturunan dari saudara-saudara mereka yang enam orang
dari sebelah Keturah telah membina bangsa yang kuat, disamping menjadi lebih
maju sedikit demi sedikit dengan pantas dan meninggalkan bangsa Yahudi di
belakang. Mereka juga mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,
membina kota-kota yang bertembok tinggi dan tebal, membina
organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang
gagah dengan teknik peperangan yang lebih maju. Perlu diingat pada ketika ini
dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih
mundur dan kurang berpenghuni. Adakalanya kaum-kaum dari sebelah barat di mana
pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia, telah
mengembara ke India dan Cina untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat dan
tinggal di dalam hutan untuk dijadikan hamba serta buruh kasar bagi membina
tembok-tembok dan kota-kota besar (peristiwa ini dapat dihayati jika kita
menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000B.C). Pada waktu itu
bangsa Yahudi masih ditakuk lama, hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas
ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka. Sehinggalah mereka bertemu
kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan
Babylon (Babil) serta Chaldea (Kaldan), yang mengganas dan mula merampas
tanah-tanah mereka serta memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba dibawah pemerintahan bangsa-bangsa
hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara silih berganti. Bangsa
Yahudi ini pernah dibawa beramai-ramai ke Kota Babilon untuk dijadikan hamba,
pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor
Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina, dengan dirantai kaki dan
tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh
pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi
kitab itu secara sembunyi-sembunyi. Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa
Yahudi telah banyak tersesat jauh dan mengamalkan sihir serta penyembahan
syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka
mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik dengan harapan syaitan
akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan
bangsa Babilon. Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi
asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kutus Pentagram, Ramalan Tarot dan
Persaudaraan Ular Iblis, menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti
yang dikisahkan di dalam Al-Quran. Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari
sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai para
Nabi diutuskan bagi memperbetulkan akhlak mereka. Bangsa Yahudi adalah bangsa
spiritual, dimana mereka peka kepada perkara-perkara ghaib dan bersifat
misteri, percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti. Mereka juga gemar
mempelajari sisi spiritual bangsa-bangsa gagah yang silih berganti menjajah
mereka.
Berbalik kepada Keturah, wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi
Ibrahim a.s, tidak banyak yang diketahui tentang asal usul ranting atau jurai
keturunannya dan dari kawasan mana dia berasal, walaupun sudah pasti berasal
dari kelompok pengikut Nabi Nuh atau mungkin juga berasal dari kaum kerabat
Nabi Nuh sendiri. Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam
membicarakan asal-usul Keturah. Tetapi jika dilihat atau disusur dari kehidupan
Nabi Ibrahim a.s sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang
menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum
kerabatnya yang terhormat dan besar), memungkinkan baginda hanya berkahwin
dengan suku terhormat sahaja. Tambahan pula Keturah telah melahirkan
anak-anaknya yang gagah dan hebat.
'Keturah' bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang kadangkala
digunakan dalam upacara ritual (dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur
bangsa Melayu yang banyak menggunakan kemenyan atau wangi-wangian sebagai
bangsa spiritual). Tidak diketahui siapakah ibubapa Keturah tetapi terdapat
sumber yang mengatakan Keturah berkemungkinan berasal dari kerabat diraja agung
Sargon yang memerintah Akkadia. Namun begitu teori yang paling meyakinkan
setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh, tempat dimana keturunan Nabi
Ibrahim diarahkan menyebarkan ajarannya selepas itu). Jika demikian maka hampir
pasti bahawa bangsa misteri ini berasal dari keturunan raja-raja agung seperti
Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir, yang memerintah Sungai Nil
ketika itu. Dari sini dapat dikatakan bahawa sesungguhnya Piramid Agung
bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina
berkurun lamanya oleh kerajaan-kerajaan silam dari bangsa yang gagah ini.
Firaun-firaun Mesir hanya membaikpulih piramid-piramid ini yang mereka warisi,
dan hakikat ini lama kelamaan disedari oleh para pengkaji purba, tetapi terlalu
lama untuk dipercayai dan diterima oleh masyarakat dunia. Di dalam filem
1000000 B.C telah dipaparkan mengenai kaum yang sebenarnya membina piramid di
tengah-tengah padang pasir. Dalam filem ini ditunjukkan bagaimana untuk
menentukan lokasi piramid itu arkiteknya terpaksa melihat jarak bintang
dilangit dan koordinasi buruj-buruj, dimana pada masa yang sama beliau adalah
ahli astronomi dan ahli nujum Istana. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan
dengan kedudukan buruj Orion di langit dan mengarah tepat ke arah kiblat.
Siapakah bangsa agung yang merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid
Mesir adalah penunjuk arah kiblat Baitullah paling besar yang terdapat di bumi,
manakala Allah yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai
tanda arah kiblat atau BaitulMakmur
dilangit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa
yang membina piramid terawal itu sudah pasti merupakan satu bangsa yang teramat
bijak dan genius di zaman tersebut, dan kemajuan material pada zaman tersebut
setanding atau mungkin lebih maju dari apa yang kita dapati pada hari ini. Cuba
kita bayangkan kehidupan manusia di zaman Nabi Nuh a.s, mungkinkah kehidupan
mereka lebih maju dari kita? Bagaimanakah Nabi Nuh a.s mampu membina sebuah
bahtera yang amat besar dalam waktu yang singkat, dengan jumlah pengikut yang
sedikit tidak sampai 100 orang? Dan dari 100 orang itu kebanyakkannya ialah
wanita dan kanak-kanak, jadi jumlah sebenar pengikut yang mampu berkerja
membina bahtera itu adalah amat sedikit. Malahan kebanyakan pengikut Nabi Nuh
adalah dari golongan yang miskin dan melarat serta lemah. Misteri terbinanya
bahtera Nabi Nuh yang boleh memuatkan semua jenis haiwan-haiwan yang
berpasangan, tumbuh-tumbuhan yang berbagai species terpilih, serta seluruh
pengikutnya sentiasa menjadi misteri kepada pengkaji-pengkaji termasuk pengkaji
barat, malahan ada yang mengandaikan bahtera Nabi Nuh a.s dibina oleh makhluk
asing. Tetapi ianya tidak mustahil jika kita membayangkan kehidupan bangsa
mereka pada zaman itu sebenarnya lebih gagah dan lebih canggih dari apa yang
kita ada sekarang, selain dari pertolongan Allah SWT. Malah dari peristiwa itu
juga kita dapat mengetahui bahawa Nabi Nuh a.s bukan sahaja pengembang agama
yang terpilih tetapi seorang zoologis yang amat handal.
Mungkin sukar untuk kita menerima kemungkinan yang dinyatakan seperti
di atas. Kita lihat pula kronologi kemajuan manusia dan kita lihat jangkamasa
dari lahirnya Nabi Isa a.s mengikut kalender Masihi iaitu 1 Masihi hingga 2009
Masihi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup, dan bagaimana
kemajuan manusia 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa
Adam manusia pertama diturunkan ke bumi sehingga peristiwa Banjir Besar di
zaman Nabi Nuh? Katakanlah dianggarkan lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran
yang amat minima kerana jangkamasa itu mungkin memakan beribu-ribu tahun), maka
logiklah jika kita katakan kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju
ketika berlakunya Banjir Besar. Jika kita berfikir dan bersedia menerima
keadaan ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan
Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.
Ataupun dengan kisah peperangan yang melibatkan kuasa nuklear seperti
kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. Persoalannya, adakah
semua kemajuan itu berguna sekiranya Allah telah murka dan menurunkan bala
bencana? Semua kemajuan yang dikecapi pada zaman itu habis tenggelam bersama
orang-orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT, akibat hanyut dalam
arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia
pada zaman itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara
terang-terangan. Tidak menghairankan apabila terdapat parti bogel disana-sini,
pesta mandi buih di festival-festival besar dan mereka juga kerap mengadakan
konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan yang diakhiri dengan pest seks bebas
serta mengghairahkan di hadapan berhala-berhala yang mereka sembah sebagai
Tuhan mereka. Pada ketika itu dakwah Nabi Nuh a.s sentiasa dipinggirkan dan
tidak diendahkan.
Mungkin kita berasa lucu dengan senario yang digambarkan diatas kerana
pada fikiran kita bahawa Nabi Nuh a.s di zamannya hidup seperti orang gua yang
bercucuk tanam dan menggembala kambing sahaja. Kita silap kerana keadaannya
tidak begitu. Ini dibuktikan dengan lukisan-lukisan misteri di dinding
kuil-kuil Firaun yang menceritakan atau mendokumentasikan satu mitos purba
tentang penghasilan tenaga elektrik, lengkap dengan lukisan kabel bawah tanah
dan filemen elektrik. Begitu juga dengan penemuan bateri purba di Iraq dan
objek seperti cakera padat purba Dropa di China. Dan yang paling menggemparkan
ialah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika. Apakah yang
boleh ditafsirkan dari penemuan-penemuan ini dan berapakah umur Bumi sebenarnya
serta berapakah umur umat manusia sebenarnya? Kita tidak boleh sekadar
mentafsirkannya mengikut kajian Barat yang terang-terang dipengaruhi oleh The
Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka punya sebab untuk
mengelirukan umat manusia walhal segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa
yang kita dapat bayangkan. Setelah banjir besar, para pengikut Nabi Nuh pun
bertebaranlah di serata muka bumi bersama haiwan2 dan pokok tanaman yang dapat
dibawa bersama, kembali menjadi orang gua yang bercucuk tanam dan mengail ikan
serta membiakkan haiwan ternakan. Pada waktu malam mereka berkumpul bercerita
dengan generasi baru mereka mengenai kehidupan masa lampau mereka yang mungkin
canggih dan maju, maka timbullah berbagai mitos tentang kehidupan ajaib masa
lampau bangsa mereka. Tidak hairan jika ada yang mula membayangkan tentang
dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang dengan senjata nuklear
seperti yang terdapat didalam kitab-kitab Hindu lama Mahabrata. Malah ada juga
pengkaji-pengkaji yang merumuskan bahawa dewa-dewi orang Hindu diambil dari
anak-anak raja kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar
lautan. Jika kita perhatikan patung-patung sembahan Hindu dan dewa-dewi
termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.
Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui
kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata, Veda serta
Upanishad. Begitulah seterusnya dengan bangsa-bangsa lain, masing-masing ada
mitos masing-masing yang disampaikan dari generasi ke
generasi..fikir-fikirkan..tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk
berfikir asal usul kita.
Wa ma taufiqi, illa Billah,
Wallahu'alam.