IZRAIL- AL-MAUT
Malaikat
Izrail diciptakan Allah SWT dalam bentuk yang
serupa dengan
Malaikat Mikail a.s yang baik
wajahnya, lisannya, sayapnya, lebarnya dan kekuatannya. Semuanya tidak kurang
dan tidak lebih, malah ia hidup di suatu alam yang dibentengi dengan rahsia Allah SWT.
Benteng berkenaan besarnya melebehi besar langit dan bumi. Jika diumpamakan seluruh air lautan dan sungai disiramkan keatas kepala malaikat Izrail, tidak setitik pun akan jatuh ke bumi.
Ia diberi kemampuan luarbiasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur boleh dijangkau oleh kedua-dua tangannya, seperti mana keadaan seseorang yang menghadapi meja makan penuh dengan pelbagai makanan. Selain itu, ia memiliki kemampuan membalikkan dunia seperti mana kemampuan seseorang membalikkan duit syiling. Selain dibentengi beberapa lapis rahsia tuhan, malaikat Izrail diikat pula dengan rantai sebanyak tujuh puluh.
Panjang setiap rantai seperti panjangnya perjalanan jarak 1,000 tahun kerana tempatnya rahsia sehingga tidak satu malaikat boleh mendekati atau mengetahui tempat berkenaan serta perbuatannya.
Demikian juga dengan suaranya yang tiada satu pun malaikat boleh mendengarnya, baik yang jelas mahupun samar-samar.
Disebutkan, ketika Allah SWT menciptakan Al-Maut dan menyerahkan kepada Izrail, berkatalah Izrail: “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut?”. Maka Allah SWT menyingkapkan rahsia Al-Maut dan memerintahkan seluruh malaikat menyaksikannya.
Selepas seluruh malaikat menyaksikan Al-Maut, tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama 1,000 tahun lamanya.
Selepas malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: “Ya Tuhan kami, apakah makhluk yang amat besar ini?”
Allah SWT berfirman; “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”
Kemudian Allah SWT berfirman lagi; “Hai Izrail, ambillah Al-Maut itu dan aku sudah menyerahkannya kepadamu”.
Maka Izrail berkata: “Ya Tuhanku, apa dayaku untuk mengambilnya, sedang ia lebih agung daripada aku”. Kemudian Al-Maut memberikan kekuatan sehingga Al-Maut menetap di tangannya”.
Selepas itu, Al-Maut berkata: “Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru (menjerit) di dalam langit sekali sahaja”.
Selepas diizinkan, berserulah ia dengan suara keras: “Aku adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah orang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan antara anak dengan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan rumah dan gedung-gedung. Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan. Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semua, walaupun kamu dalam lapisan benteng kuat dan tiada satupun makhluk yang tidak merasa kepedihanku”.
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment