Friday 24 January 2014

MALAIKAT - Mikhail

 MIKHAIL

Mikhail adalah antara empat malaikat yang menjadi pembesar seluruh malaikat. Ia diciptakan Allah SWT sesudah malaikat Israfil selisih kira-kira 500 tahun. Mikhail dijadikan daripada Nur(cahaya), mulai dari kepala hingga kedua tapak kakinya berbulu Za’faron. Di atas setiap bulunya ada muka (wajah sebanyak sejuta dengan setiap satu wajahnya mempunyai sejuta mata). Setiap mata sentiasa menangis untuk memohon rahmat bagi orang mukmin yang berdosa.
      
     Selain itu, setiap wajah mempunyai mulut sebanyak sejuta. Sementara setiap mulut mempunyai lidah sebanyak sejuta pada dengan setiap lidah boleh mengucapkan sejuta bahasa.
     
     Lantaran itu setiap lidah membaca istighfar untuk orang mukmin yang berdosa. Kemudian tiap mata menitiskan air mata tujuh ribu titisan lalu setiap titisan air mata itu Allah SWT menciptakan satu malaikat yang serupa dengan bentuk malaikat Mikhail.
      
      Tugas mereka adalah membaca tasbih sehingga hari kiamat dan ia bernama KARUUBIYYUUN. Disamping bertasbih, mereka bertugas sebagai pembantu malaikat Mikhail menjalankan tugas, iaitu membahagikan hujan, menjaga tumbuh-tumbuhan, membahagi rezeki dan buah-buahan.

      Disebutkan juga setiap sesuatu yang berada di laut, buah-buahan yang berada di laut, buah-buahan yang berada di atas pohon dan tumbuh-tumbuhan yang berada di bumi, diutus oleh Allah SWT satu malaikat menjaganya. Jadi, setiap biji buah  misalnya, ada malaikat yang ditugaskan untuk menjaganya.
      
      Disamping bertugas sebagai pembahagi rezeki dan hujan, malaikat Mikhail sering mendampingi malaikat Jibril dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Antaranya ialah:


  •       Waktu malaikat Jibril menjalankan tugas membelah dada Nabi Muhammad SAW untuk dicuci hatinya kerana akan di isi dengan iman, Islam, yakin dan sifat-sifat terpuji lainnya. Ketika itu peranan malaikat Mikhail tidak kurang pentingnya, ia datang dan pergi untuk mengambil air Al-Kauthar atau air zam zam untuk mencuci hati Nabi Muhammad SAW.     
  •       Waktu Nabi Muhammad SAW Israk Mikraj, malaikat Mikhail bersama-sama Jibril ikut mendampingi Baginda selama dalam perjalanannya.
  •       Disebut, malaikat Mikhail juga pesuruh untuk menyampaikan lembaran kepada malaikat maut dari sisi Allah SWT. Dalam lembaran itu, tertulis nama orang yang diperintahkan untuk mencabut nyawanya, tempatnya dan sebab musabab pencabutan.

Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.
Wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment