Saturday 25 January 2014

NOTA RINGKAS - Perkara -perkara yang Jarang Diketahui

NOTA RINGKAS 

                    * Tidak disunatkan membaca Bismilah apabila hendak memulakan solat (Hadith Imam Nawawi). Mulakan dengan takbir, Allahu Akbar.


                    * Pintu syurga dibukakan pada hari Isnin dan Khamis serta disunatkan berpuasa.


                    * 'Fadhilat' turun di Madinah. 'Fadhilat' adalah 'kurnia tambahan' atau 'anugerah Allah SWT'.


                    * Anak cucu Adam yang masuk Neraka rupanya tidak seperti manusia lagi. Kulitnya setebal 40 hasta. Punggungnya sebesar dari Mekah ke Madinah. Gigi geraham sebesar Jabal Uhud. Tujuannya supaya malaikat tidak merasa belas kasihan dan kalau serupa manusia, malaikat berasa kasihan terhadap kita.


                    * Islam itu 'Wal aqidatu', 'Wal shariatu'.


                    * Allah SWT mencipta langit, bumi dan lain-lain dalam masa 6 hari dan dudukNya di Arashy.


                    * Sabda Rasulullah SAW, Imam Mahadi akan memerintah sama ada lima, tujuh atau sembilan tahun. Zaman pemerintahannya kehidupan amat mewah. Ada pendapat mengatakan ianya daripada keturunan Rasulullah SAW dari Hassan ataupun Husain, anak Saidina Ali. 


                    * Dalam Mazhab Syafie, tidak boleh ditukarkan duit sebagai ganti beras untuk zakat. Kita mengikut Mazhab Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi).


                    * Imam Syafie lahir pada tahun 150 Masihi dan meninggal pada tahun 204 Masihi.


                    * Nabi Sulaiman a.s mempunyai isteri seramai 1000 orang. Beliau boleh terbang sejauh 1000 batu. 


                    * Namrud, Allah SWT masukkan binatang ke dalam hidungnya selama 400 tahun. Beliau mengupah orang untuk mengetuk kepala beliau sebab pening dan akhirnya mati diketuk. 


                    * Apabila Nabi Isa turun ke bumi, beliau akan memerintah selama 40 tahun.


                    * Syiah mengelarkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab dua berhala Quraishy.


                    * Tidak ada satu kubur pun pasti tempatnya kubur nabi-nabi yang lain kecuali Rasulullah SAW. Ada disebut dalam riwayat kubur Nabi Danial ada di Mesir. Tubuh beliau masih elok. Saidina Umar membuat beberapa kubur yang lain bagi mengelak orang mensyirikkan kubur tersebut.


                    * Nabi Muhammad SAW keluar untuk berhijrah pada 28 Safar, 1 Rabiul Awal. Rasulullah SAW keluar ke Yathrib (Madinah).


                    * Anas bin Malik mengira uban di janggut dan di rambut Rasulullah SAW tidak lebih daripada 14 helai. Begitu menunjukkan kasih sayangnya sahabat kepada baginda. Anas adalah khadam kepada Rasulullah SAW. Ibu Anas yang menyerahkan anaknya kepada Rasulullah SAW untuk dididik baginda. 


                    * Antara sebaik-baik makanan adalah 'Cuka'. 


                    * Nikmat terbesar ahli syurga ialah melihat Allah SWT.


                    * Peringkat keimanan adalah taubat, warak, zuhud, syukur, tawakal dan redha.


                    * Dua tempat dalam solat yang doa mustajab iaitu sewaktu sujud dan sebelum memberi salam pada tashahud akhir.


                    * 'Wahabi' - Personaliti bernama Muhammad bin Abdul Wahab, Beliaulah yang menentang Syiah-syiah di Madinah yang memonopoli perkuburan Baqiq dan beliaulah yang memusnahkan/memecahkan makam-makam yang dibina oleh Syiah-syiah di Madinah dan perkuburan tersebut. Beliau seorang yang bermazhab Ahmad (Imam Ahmad Ibnu Hambal) dan tidak Qunut.


Wa ma taufiqi, illa Billah,
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment