ISRAFIL
Israfil
Peniup Sangkakala
Dalam
kitab Daqaiqul Akhbar, Syeikh Abdul Rahman berkata: Ketahuilah bahawa
Allah SAW menciptakan malaikat-malaikat dan yang paling mulia antara mereka
itu ada empat, iaitu Israfil a.s, Mikail a.s, Jibril a.s dan Izrail a.s.
Tugas mereka ialah memegang segala urusan makhluk dan mengaturnya. Jibril bertugas menyampaikan wahyu serta mengangkat utusan.
Mikail pula bertugas menurunkan hujan dan membahagikan rezeki, manakala Izrail bertugas mencabut nyawa, sedangkan Israfil bertugas sebagai peniup sangkakala.
Ibnu Abbas r.a berkata: “Sesungguhnya Malaikat Israfil pernah memohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan kekuatan yang dapat membawa tujuh langit dan tujuh bumi. Kemudian Allah memberinya”. Lalu Israfil mohon lagi supaya dikurniakan kemampuan menguasai angin, kemudian Allah SWT meluluskannya. Selepas itu, ia memohon lagi supaya diberikan kekuatan untuk mengangkat gunumg dan diberikan oleh Allah SWT kekuatan yang diberikan kepada jin dan manusia. Kemudian ia mohon lagi supaya diberi kekuatan yang boleh menguasai seluruh haiwan buas, lalu dikabulkan segala permintaannya.
Sebenarnya, Malaikat Israfil berbulu dari kepala hingga kedua-dua tapak kakinya. Ia mempunyai banyak mulut dan lidah. Ia bertasbih dengan beberapa lisan, dengan seribu bahasa. Ia mempunyai tentera sebanyak seribu malaikat yang serupa kejadiannya. Mereka adalah malaikat Muqarrabin(yang dekat) dengan Allah SWT.
Sedang malaikat yang bertugas sebagai penanggung pemikul Arasy yang Mulia diciptakan oleh Allah SWT serupa dengan bentuk malaikat Israfil pula. Demikian juga yang bertugas sebagai pencatat yang berada di sana.
Jika diumpamakan seluruh air laut dan sungai disiramkan ke atas kepalanya, tentu tidak setitik pun akan jatuh ke bumi.
Jumlah sayap malaikat Israfil ada empat. Sayap pertama panjangnya sampai ke arah barat dan yang kedua pula sampai ke arah timur manakala yang ketiga menutupi badannya, sedangkan yang keempat pula menutupi kepalanya.
Warna dari muka malaikat Israfil kuning tua. Sedang sebab-musabab wajahnya menjadi kuning kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi malaikat Israfil.
Dia menunjuk penglihatannya kearah Arasy kerana menunggu bila diperintahkan. Maka ia meniupkan tiga kali.
Sedang satu dari tiang Arasy berada di pundaknya. Adapun setiap kali Allah SWT memutuskan di Lauhil Mahfuzh, terbukalah dinding yang menghalanginya sehingga boleh melihat segala keputusan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Memang menurut riwayat, bahawa Lauhil Mahfuzh bergantungan dibawah Arasy, sedang malaikat Israfil adalah satu-satunya malaikat paling dekat dengan Arasy itu.
Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui,
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment