NIKMAT POHON SYURGA
Diriwayatkan bahawa Ka’ab berkata: “Aku
bertanya Rasulullah SAW mengenai pohon-pohon syurga, lalu baginda bersabda:
Dahan-dahannya tidak akan kering. Daun-daunnya tidak akan gugur. Buah-buahnya
sentiasa segar dan tidak akan layu”.
Adapun pohon syurga terbesar ialah pohon ‘Thuba’, akarnya adalah mutiara, batangnya yaqut merah, bahagian atasnya emas, tangkai-tangkainya zabarjud dan daunnya sundus.
Pohon itu mempunyai berpuluh ribu dahan dan yang paling atas bersambung dengan Arasy manakala yang paling bawah berada di langit dunia. Setiap bilik dan kubah di dalamnya pasti dimasuki dahan, satu yang berubah dengan buah-buahan yang menarik selera. Adapun bandingan pohon itu seperti keadaan di dunia, cahayanya bersinar ke segala tempat.
Disebutkan bahawa di syurga ada pohon kalau seorang berkenderaan kuda paling pantas lari dibawahnya, 100 tahun tidak akan habis mengelilinginya.
Pakaian penduduk syurga adalah sutera halus berwarna hijau. Firman Allah SWT: “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan tebal”. “Bagi mereka
syurga ‘Adn, masuk ke dalamnya. Disana mereka akan diberi perhiasan dengan
gelang emas bertakhtakan mutiara serta pakaian sutera dewangga”.
Firman Allah SWT: “Merekalah yang berhak mendapat syurga ‘Adn yang
mengalir sungai di dalamnya. Di sana mereka akan di beri hiasan gelang emas,
berpakaian sutera hijau di sulami benang emas sambil berbaring-baring di
persada indah. Itulah suatu pahala yang menyenangkan dan suatu tempat tinggal
yang indah”. (Al Kahf: 31)
Firman Allah SWT: “Mereka memakai sutera halus dan sutera kembang
sambil duduk berhadap-hadapan”.
Di dalam syurga ada pelayan yang muda belia dan mereka tidak akan tua selama-lamanya. Mereka memberi layanan pada penduduk syurga jika penduduk syurga menginginkannya.
Firman Allah SWT: “Dan diedarkan kepadanya piala dan gelas diperbuat
dari perak murni, tembus pandang laksana kaca. “Perak murni yang tembus pandang
itu mereka isikan dengan ukuran sepuas minum. Mereka di sana diberi minuman segelas minuman
bercampur jahe. “Dari mata air syurga yang bernama Salsabil. (Salsabil ialah
minuman yang nikmat, sejuk nyaman tidak berbanding yang dapat mengalir sampai ke
ruang tempat duduk mereka). “Sambil dikelilingi oleh pelayan muda belia. Jika
mereka kamu pandang, kamu akan menilainya: Seindah mutiara yang bertaburan.
“Dan bila engkau melepas pandang syurga, akan kamu lihat pelbagai macam
kenikmatan dan kemewahan yang mempersona. (Al Insan: 15-20)
Firman Allah SWT: “Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap
muda”. (Al Waqi’ah: 17)
Dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya , di syurga ada sebuah pasar. Yang didatangi penduduk syurga setiap Jumaat. Setiap angin dari selatan mengenai wajah dan pakaian mereka, tiba-tiba wajah dan pakaian mereka berubah bertambah indah.
“Sehingga mereka kembali ke tengah-tengah keluarganya, keluarga mereka
bertanya: Demi Allah s.w.t, kamu bertambah bagus. Mereka menjawab: Dan demi Allah SWT, kalian pun sepeninggalan kami juga bertambah cantik”.
Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment