Saturday, 25 January 2014

NOTA RINGKAS - Perkara- perkara yang Jarang Diketahui

NOTA RINGKAS

                    * Solat Sunat Qabliah Subuh juga dipanggil dengan nama Solat Sunat Fajar. Menurut Aishah r.a, Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan Solat Sunat Subuh dan Solat Sunat Witir. (Imam Bukhari)


                    * Aishah r.a  isteri Nabi Muhammad SAW adalah 'Ibu orang-orang beriman'.


                    * Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW adalah 'Ahlul Bait'.


                    * Solat Sunat dua rakaat Nisfu Sha'ban adalah Bida'ah Dhalalah.(Imam Shafei) Begitu juga menurut pandangan (Imam Sayuti). Imam Sayuti juga menolak niat Solat dengan 'Usalli'. Ianya juga termasuk Bidaah.


                    * Imam Malik mengatakan bahawa Rasulullah SAW lahir pada 9hb Rabiul Awal. Rasulullah SAW mengatakan bahawa baginda lahir pada hari Isnin, Rabiul Awal Tahun Gajah. Asas sambutan 'Maulid Nabi' adalah daripada hadith palsu. Syiah yang mengatakan bahawa sambutan tersebut patut diadakan. Syiah Fatimiah yang menakluk Mesir pada tahun 211 hngga 411, ketika itulah mereka menyambut 'Maulid Nabi' termasuk 'Maulid Hassan dan Husain'.


                    * Nabi Muhammad SAW pernah meletakkan tangannya ke dalam tempat wudhuk maka air bertambah dan cukup untuk orang  mengambil wudhuk.(Mukjizat)


                    * Rasulullah SAW pernah solat sunat Qabliah Subuh dengan amat cepat sekali dan kata Aishah r.a, seolah-olah baginda tidak membaca Fatihah.


                    * Makmum boleh untuk tidak membaca Fatihah dan mempunyai pilihan sama ada mahu membacanya ataupun tidak.


                    * Imam Syafie berkata (dalam Kitab Al-Umm) mana-mana khatib yang membaca khutbah dan pada khutbah kedua mengangkat tangan, Imam Syafie membawa hadith yang menyokong agar tangan khatib diburukkan. Apatah lagi jika makmum turut menadah tangan.


                    * Nabi Daud pernah bertemu 'Malakul Maut'. Beliau meminta kepada 'Malakul Maut' agar sekiranya 'Malakul Maut' hendak mencabut nyawa beliau, Nabi Daud meminta 'Malakul Maut' membisik dahulu kepada beliau (tazkirah Qurtubi)


                    * Solat Sunat Subuh adalah sebaik dunia dan seluruh isinya. 


                    * Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai orang kaya yang akan masuk syurga tanpa dihisab. Beliau menanggung 70 buah keluarga orang-orang yang gugur syahid. 


                    * Hari Uthman Ibnu Affan meninggal dunia, beliau memakai seluar walhal kebiasaanya beliau sentiasa memakai kain sarong tanpa seluar dan beliau berpuasa pada hari tersebut. 



Wa ma taufiqi, illa Billah,
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment