Thursday, 23 January 2014

PENAWAR MUKMIN - Surah Al-Kahfi

SURAH AL-KAHFI

Kaum muslimin hampir semua tahu bahawa surah Al-Kahfi menjadi kelaziman kaum muslimin untuk dibaca pada setiap malam  Jumaat terutamanya menjelang waktu solat Jumaat itu. Orang ramai membaca surah Al-Kahfi di dalam masjid sampai gemuruh bunyinya tetapi pada mereka, surah itu Cuma sekadar membaca saja dengan harapan mendapat pahala di akhirat.
      
      Demikian tekad mereka itu, jadi Al Quran digunakan untuk balasan akhirat sahaja, sekiranya tidak dihayati dan tidak dikaji apakah isi dan maksud yang terkandung di dalamnya walhal surah Al Kahfi itu sangat besar manfaatnya. Jika ingin mendapat rezeki, cubalah membaca surah Al Kahfi setiap malam Jumaat.
      
      Bacalah apabila selesai solat Isyak selewat-lewatnya dari jam 9 malam dimulai dengan membaca surah Al Kahfi itu dan baca berulang-ulang sampai menjelang waktu Suboh, jadi tidak perlu dihitung berapa kali dibacanya.
      
      Yang penting dibaca surah Al-Kahfi itu dari selesai solat Isyak sampai menjelang  waktu solat Suboh, namun sebelum membaca surah berkenaan, adalah sunat terlebih dahulu solat hajat dua rakaat. Solat hajat itu hendaklah dilakukan seperti berikut:
      
      Rakaat pertama, baca surah Al Fatihah sekali dan diikuti surah Al Kafirun sebanyak sepuluh kali. Rakaat kedua pula, baca surah Al Fatihah sepuluh kali dan diikuti seterusnya surah Al Ikhlas sebanyak sepuluh kali juga. Selepas salam lalu beristighfar sebanyak tiga puluh tiga kali.
      
      Namun harus di ingat bahawa ianya perlu di hayati agar mendapat keredaan Allah SWT sekali gus mendapat ganjaran atau balasan baik di akhirat nanti.

Allah Huwarasullu'alam.

No comments:

Post a Comment