15 TANDA KEMATIAN MULIA
Mengucapkan
kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pada
akhir kalimahnya mengucapkan Laailaaha illallah, maka ia dimasukkan ke dalam
Syurga”. (Hadith riwayat Hakim)
- Ketika wafat, dahinya berpeluh. Ini berdasarkan hadith dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian ia berkata: “AllahuAkbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya”. (Hadith riwayat Ahmad, An Nasai, At Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Ath Thayalusi dari Abdullah Bin Mas’ud).
- Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah SWT menghindarkannya dari seksa kubur”. (Hadith riwayat Ahmad)
- Mati Syahid di dalam medan perang.
- Mati dalam peperangan Fisabilillah. Rasulullah SAW bersabda: “Apa kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid diantara kalian?”. Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah SAW, yang kami anggap sebagai orang mati syahid adalah siapa sahaja yang mati terbunuh di jalan Allah SWT”. Baginda SAW bersabda: “Kalau begitu, umatku yang mati syahid amatlah sedikit bilangannya”. Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu, siapa sahajakah dari mereka yang mati syahid ya Rasulullah?”. Baginda SAW menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah SWT, yang mati sedang berjuang di jalan Allah SWT dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah Syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid”. (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Al Baihaqi)
- Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini, banyak hadith Rasulullah SAW meriwayatkan dan antaranya sebagai berikut: Rasulullah SAW bersabda: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim”. (Hadith riwayat Bukhari, Ath Thayalusi dan Ahmad)
- Mati kerana tenggelam.
- Mati kerana tertimpa runtuhan /tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Kalangan syuhada itu ada lima orang; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan/tanah dan syahid berperang di jalan Allah SWT”. (Hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan Ahmad).
- Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
- Mati terbakar.
- Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai dua perkara ini, banyak riwayat dan paling masyhur dari Jabir Bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh; Mati terbunuh di jalan Allah SWT kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid”. (Hadith riwayat Imam Malik, Abu Daud, An Nasa’I, Ibnu Majah dan Ahmad)
- Mati kerana penyakit Tubercolosis (TB). Ini berdasarka sabda Rasulullah SAW: “Mati di jalan Allah SWT adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan anak adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana TB adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid”. (Hadith riwayat Thabrani)
- Mati kerana mempertahankan harta daripada perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; “Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas, lalu ia terbunuh) adalah syahid”. (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An Nasa’I, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
- Mati dalam membela agama dan jiwa: “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; sesiapa mati membela keluarganya, dia mati syahid,; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan sesiapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya), dia syahid”.
- Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah SWT sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya, Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukan dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)”.
- Orang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam Husnul Khatimah, Amiin.
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment