Thursday 23 January 2014

PENAWAR MUKMIN - Waktu Mustajab Berdoa


WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Doa adalah senjata umat Islam kerana Allah SWT suka mereka yang berdoa dan memohon sesuatu kepada-nya. Namun kadang kala, ada doa yang lambat Allah SWT makbulkan, bukan kerana Allah SWT tidak suka tetapi tentu ada hikmah, rahmat dan jika tidak di dunia, doa itu akan dimakbulkan di akhirat.

              Di sini antara Sembilan petua daripada Rasullullah SAW untuk mencapai doa yang mustajab:

·       Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasullullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya
·       Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasullulah bersabda: “Doa antara Azan dan Iqamat tidak akan ditolak.”
·       Sesungguhnya Rasullullah bersabda: “Allah SWT akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang memohon keampunan daripada-ku, maka Aku akan mengampuninya.
·       Inu Abbas meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda: “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah berdoa ketika itu.”
·       Hadith Abu Hurairah r,a, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia dari Allah SWT kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat, “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
·       Ubaidah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. “Apabila beliau berwudhuk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah SWT.”
·       Ata Bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasullullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhi.”
·       Hadith daripada Abu Hurairah, Rasullullah SAW bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata, “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”


         Hadith daripada Abu Hurairah: Rasullullah SAW memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu Baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu, ada suatu saat, bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan berdoa, mohon sesuatu daripada Allah SWT, pasti dia akan dianugerahkan apa yang di pohonnya itu.”

Allah Huwarasullu'alam

No comments:

Post a Comment