Thursday, 23 January 2014

PENAWAR MUKMIN - Muharram Hari Berkat


MUHARRAM HARI BERKAT

Pada 10 Muharram, umat Islam digalakkan melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang cukup besar bagi mereka yang mengamalkannya. Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, ada 14 perkara sunat diamalkan pada 10 Muharram [hari Asyura]. Antaranya ialah:

·       Puasa sunat ‘Hari Asyura’. Allah SWT menjanjikan pahala laksana seribu kali Haji, seribu kali Umrah, seribu kali Syahid dan diharamkan dari neraka.
·       Menjamu orang berbuka puasa. Allah SWT memberi pahala seperti memberi makan sekelian umat Islam berbuka puasa.
·       Solat sunat empat rakaat. Niatnya: sahaja aku solat sunat hari Asyura empat rakaat tunai kerana Allah taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatehah, baca surah Al-Ikhlas sebanyak sebelas kali. Allah SWT akan mengampunkan dosanya meskipun telah berlarutan melakukan selama lima puluh tahun.
·       Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seribu kali. Allah SWT akan memandang dengan pandangan rahmat di akhirat nanti.
·       Mandi sunat. Niatnya; Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah taala. Allah SWT akan memberikan kesihatan yang baik dan tidak sakit yang berat pada tahun itu.
·       Memakai celak. Allah SWT akan menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
·       Memelihara kehormatan diri. Allah SWT akan mengurniakan hidupnya dan sentiasa diterangi dengan cahaya keimanan.
·       Bersedekah. Allah SWT akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauhnya seekor gagak terbang tidak henti-henti sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dalam dunia ini.
·       Menyapu kepala anak yatim. Allah SWT mengurniakan pohon di syurga pada tiap-tiap helai rambut diusapnya.
·       Menunjukkan orang sesat ke jalan yang benar. Allah SWT memenuhkan cahaya iman di dalam hatinya.
·       Menahan marah. Allah SWT  memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang redha.
·       Memuliakan fakir miskin. Allah SWT akan memuliakannya di dalam kubur.
·       Melapangkan belanja untuk anak dan isteri. Allah SWT akan melapangkan hidupnya tahun itu.
·       Membaca surah Al-Infithaar. Jika seseorang banduan membacanya, Inshaallah akan dibebaskan dari penjara. Jika orang demam membacanya ketika mandi, Inshaallah akan pulih sepenuhnya.

Wallahu'alam


Hanya Allah SWT maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment