Thursday, 23 January 2014

MALAIKAT - Munkar dan Nakir


                                                                                      MUNKAR DAN NAKIR

Munkar dan  Nakir adalah dua daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui dan diimani. Kedua-dua malaikat bertugas mengajukan pertanyaan kepada jenazah yang baru di kuburkan.
      
       Diriwayatkan dalam sebuah hadith, selepas mayat diletakkan dalam kubur, datang dua malaikat yang hitam kedua-dua matanya dengan (pandangannya) yang sungguh menakutkan.
      
       Suaranya seperti guruh menyambar dan kedua-dua taringnya dapat menggali bumi lalu datang kepada mayat sekitar kepalanya.
      
       Dalam sebuah hadith lain disebutkan pula: “Kedua-dua matanya seperti belanga tembaga, taringnya pula seperti tanduk dan suaranya pula seperti halilintar.
      
       Diriwayatkan bahawa Munkar dan Nakir dapat menggali dan menginjak mayat pada rambutnya, dan kedua-duanya membawa sebatang tongkat besi yang jika berkumpul orang haji yang ada di Mina untuk mengangkatnya, nescaya mereka tak terdaya.
       
       Dalam hadith lain juga disebutkan: “Jika gunung-ganang dipukul dengan tongkat besi itu, nescaya hancur jadi tanah”.

Antara hadith yang menyebut mengenai pertanyaan kubur adalah seperti berikut, dan sesungguhnya mayat itu akan mendengar suara kasut atau alas kaki orang bertazkirah ketika mereka pulang selepas menghadiri pengkebumian lalu disoal malaikat: “Siapa Tuhan engkau? Apa agama engkau? Siapa Nabi engkau?” Jika mayat itu termasuk orang Islam, ia akan menjawab: “Tuhanku Allah, Agamaku Islam dan Nabiku, Nabi Muhammad SAW ”Sebelum Munkar dan Nakir datang ke dalam kubur orang baru meniggal, terlebih dahulu mayat itu didatangi malaikat bernama RUMMAN.
      
      Wajahnya bercahaya bagaikan matahari, lalu ia duduk dan berkata pada mayat: “Tulislah semua yang pernah engkau lakukan, baik yang berupa kebajikan mahu pun kejahatan”. Lalu  mayat  itu berkata: “Apa yang akan ku tulis, sedangkan aku tidak mempunyai buku”.
      
       Nabi Muhammad SAW meneruskan sabdanya; “Lalu malaikat itu memotong sebahagian kafan mayat, kemudian memberinya kepada mayat”. Berkata malaikat itu: “Inilah buku engkau, sekarang tulislah!”. Kemudian mayat menulis segala perbuatannya yang berbentuk kebajikan dengan lancar dan senang hati. Namun apabila tiba masa menulis perbuatannya yang buruk-buruk, ia berasa enggan dan malu  serta berhenti menulisnya.
      
       Malaikat itu berkata: “Hai orang bersalah, mengapa engkau tidak malu kepada Tuhan  yang menciptakan kamu waktu engkau mengerjakannya didunia? Padahal hari ini engkau malu kepadaku?” Lalu malaikat itu mengambil tongkat besi dan dipukulkan kepada mayat.
      
       Si mayat itu berkata: “Bebaskan aku sehingga aku menulisnya”. Lalu si mayat menulis perbuatannya yang buruk. Kemudian si mayat diperintahkan menggulung dan mengecopnya. Selepas digulung, si mayat berkata: “Dengan apa aku hendak mengecopnya, padahal padaku tidak ada cop?”.
      
      Malaikat itu berkata: “Coplah dengan kuku engkau”. Sesudah itu, lalu dikalungkannya semua catatan berkenaan pada si mayat, sampai hari kiamat.
      
      Sesudah itu, maka masuklah Malaikat Munkar dan Nakir kedalam kubur si mayat itu.

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment