Tuesday 28 January 2014

NOTA RINGKAS - Perkara-perkara yang jarang diketahui

NOTA RINGKAS

                     *Syiah menamakan Aishah r.a dengan nama 'Baqarah'. Syiah yang paling jahat ialah 'Syiah Rafidhah' Imam Syafie berkata, kalau kita bersolat di belakang (makmum) penganut 'Syiah Rafidhah', adalah lebih baik kita qada semula solat kita.

                     *Pengasas 'syiah' ialah Abdullah bin Sabaq (zaman Saidina Othman). Asalnya beliau adalah seorang Yahudi dari Yamen. Beliau memeluk Islam pada akhir zaman pemerintahan Saidina Othman dan beliau juga perancang  pembunuhan Saidina Othman.


                     *'Wahabi' (Muhammad Bin Abul Wahab) adalah penentang syiah paling kuat. Beliau adalah seorang 'Reformist'. Beliau adalah seorang yang bermazhab Imam Ahmad (tidak berqunut). Imam Ahmad pula adalah guru kepada Imam Syafie.


                     *Tidak ada dalam mana-mana kitab sunnah pun yang menyatakan bahawa Hindun memamah jantung Hamzah dalam perang Uhud. Kenyataan tersebut adalah rekaan oleh syiah kerana Hindun adalah ibu kepada Muawwiyah Bin Abu Suffian. Tujuan mereka adalah hendak menghina Hindun. Hamzah dibunuh (dipanah) oleh seorang yang bernama Washi.


                     *Muhammad Bin Abdul Wahab (gelaran, Abu Hussain) Bin Sulaiman Bin Ali (datuk dari Bani Hamzalah) Bin Malik at Tandini lahir pada tahun 1115 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 1206 Hijrah bersamaan 1793 Masihi di lingkungan usia 92 tahun. Beliau menjadi Menteri Penerangan Arab Saudi selama 46 tahun. Beliau di lahirkan di Riyadh atau Najdi. Bapa beliau adalah seorang Kadi dan datuknya pula seorang Mufti di utara Riyadh. Beliau hafaz Quran pada umur 10 tahun.



Wa ma taufiqi, illa Billah,
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment