ALAM NASYRAH PERMUDAH URUSAN DUNIA
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku
mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah SWT permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya, nescaya Allah SWT turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu serta rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca 9 kali sesudah solat fardhu, nescaya Allah SWT akan jauhkannya daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dan segala urusan.
Sesiapa juga yang membaca 41 kali surah berkenaan selama tujuh hari berturut-turut dimulai dari hari Ahad hingga Sabtu, Allah SWT akan cukupkannya dengan kekayaan, diberikan rezeki dengan tidak syak dan ragu-ragu.
Barang siapa berada dalam kesukaran sesuatu urusan samaada duniawi atau urusan agama, hendaklah ia berwudhu dan solat dua rakaat. Selesai salam lalu terus duduk mengadap qiblat, bertawaduk hati kehadrat Allah SWT lalu membaca surah Alam Nasyrah sejumlah 101 kali, kemudian boleh disebut apa yang dihajati, nescaya Allah SWT akan memakbulkannya.
Untuk menolak sesuatu bencana terjadi mahupun akan terjadi, bencana alam seperti gunung meletus, gempa bumi atau musim kemarau panjang sehingga susah untuk mendapatkan air, maka jangan bimbang, bacalah surah Alam Nasyrah setiap hari sebanyak 700 kali atau 1,000 kali, lebih utama semua penduduk kawasan itu membacanya, maka yakinlah Tuhan akan menghentikan bala bencana tersebut.
Diandaikan pula terjadi musim kemarau terlalu panjang, sudah tentu timbul kesukaran dengan pokok-pokok tidak mahu berbuah dan rumput-rumput menjadi kering, maka hendaklah juga semua penduduk yang terbabit dengan keadaan itu beramai-ramai membaca surah Alam Nasyrah antara 700 hingga 1,000 kali.
Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment