Thursday, 23 January 2014

NOTA RINGKAS - Iktibar Untuk Mukmin

                                     IKTIBAR UNTUK MUKMIN

Seorang lelaki dari umat Nabi Musa suka melakukan kerja fasik. Penduduk kampung itu sudah tidak tahan lagi dengan sikap dan perbuatannya lalu mengadu kepada Nabi Musa.
      
       Berdoalah Nabi Musa kepada Allah SWT setelah buntu bagaimana untuk mengatasi masalah lelaki ini. Allah SWT kemudiannya mewahyukan kepada Nabi Musa agar lelaki itu dibuang daerah dan dibawa ke tempat sunyi dan tiada berpenghuni.
      
       Setelah beberapa hari lelaki itu ditinggalkan bersendirian, tiba-tiba dia diserang penyakit. Oleh kerana dia keseorangan dan tiada sesiapa untuk pergi mengadu, maka mengadulah ia kepada Allah SWT.
      
       Katanya: “Ya Tuhanku! Jika ibuku ada disisiku, sudah pasti dia tetap menyayangiku dan jika ayahku ada, sudah tentu ia akan menolong memandikan dan mengkafankan aku.
      Jika isteriku berada bersamaku, sudah tentu bercucuran air matanya melihat saat perpisahan aku dengannya dan jika anak-anakku juga bersama, sudah tentu mereka akan berdoa buatku: “Ya Allah! Ampunilah segala dosa ayah kami, sesungguhnya dia dalam keadaan putus asa tetapi janganlah Engkau putuskan rahmatMu darinya". Selesai pengaduannya itu,lelaki berkenaan pun mati.

      Allah SWT pun mewahyukan kepada Nabi Musa: “Wahai Musa! Pergilah kamu ke tempat pembuangan lelaki dulu kerana di sana ada seorang waliKu sudah meninggal”.
      
      Bila tiba di sana, Musa melihat ada bidadari serta malaikat mengelilingi sesuatu. Setelah Musa melihat lelaki yang dimaksudkan itu, ia menjadi hairan lalu bertanya kepada Allah SWT:
      “Bukankah lelaki ini yang Engkau murkakan dahulu?”  Firman Allah SWT: “Benar wahai Musa tetapi Aku amat kasihan kepadanya kerana rintihan penderitaannya sedang ia berjauhan dari keluarga pula. Oleh itu, Aku kirimkan bidadari dan juga malaikat untuk menghiburkan hatinya”.
      “Wahai Musa, jika seseorang yang tidak berkeluarga mati, semua penghuni langit dan bumi akan sama-sama bersedih kerana kasihan kepadanya”.
      “Sebab itu bagaimana mungkin Aku tidak kasihan kepadanya sedangkan Akulah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang dari segalanya.
      “Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan peroleh beberapa darjat ketinggian disisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia”. (Al-Anfal: 4)

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment