TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM.
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud, Cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini. Rasullullah SAW diriwayatkan, masih mampu menceritakan
kepada keluarga dan para sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratul maut dari awal hingga akhirnya hayat baginda.
Imam Al-Ghazali Rahimahullah
diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan
dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan
dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wudhuk serta kain kafannya
sekali , Cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja, beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian
mukanya.
Adapun
riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah
untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam
perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini
akan berlaku pada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu
orang yang menyekutukan Allah SWT, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa
sebarang peringatan, sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Ada
pun, tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
·
Tanda
100 hari sebelum hari kematian. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada
mereka sedar ataupun tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga kehujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu
yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati ianya
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan
terdetik di hati bahawa ini adalah tanda kematian, maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka
yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar kehadiran tanda ini, maka ia adalah peluang ternaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah kematian.
·
Tanda
40 hari sebelum hari kematian. Tanda ini juga berlaku selepas waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita. Antaranya ialah, ia akan mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
·
Tanda
7 hari sebelum hari kematian. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
tetapi secara tiba-tiba ianya berselera makan.
·
Tanda
3 hari sebelum hari kematian. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita, iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini jugalah, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
·
Tanda
1 hari sebelum hari kematian. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun, di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan
harinya.
·
Tanda
akhir sebelum kematian. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian atas pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWTyang telah menghidupkan
kita dan sekarang mematikan pula.
Oleh
itu, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan
petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa, sihat tubuh badan dan juga
fikiran dalam usha kita mencari keredhaan Allah SWT samaada di dunia mahupun
akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia sendiri.
Wa ma taufiqi, illa billah,
Wallahu'alam
Wa ma taufiqi, illa billah,
Wallahu'alam
Allah Huwarasullu ak'lam
No comments:
Post a Comment