*Hafsah antara isteri Nabi Muhammad SAW yang banyak berkrisis dengannya. Ada beberapa riwayat yang mengatakan, Nabi Muhammad SAW pernah menceraikan beliau dan baginda rujuk kembali dengan beliau. Abu Dawood r.a pernah meriwayatkan dan disahkan oleh Al-Bani dan Ibnu Hajar (Hadith Hassan). Jibril datang ke Nabi Muhammad SAW dan memberitahu yang beliau seorang kuat beribadat dan puasa dan di antara ahli syurga oleh Allah SWT. Ada yang berkata ianya (Hafsah) diceraikan ataupun disumpah oleh Rasulullah SAW. Apabila Jibril datang dan memberitahu, Rasulullah SAW merujuk balik atau ada yang mengatakan baginda membayar kifarah sumpah. Puncanya kerana Nabi Muhammad SAW membawa ibu kepada sahabat (Ibrahim) bernama Mariah Al-Qibti ke rumah baginda semasa Hafsah tidak ada di rumah. Hafsah menjadi marah dan berkata "Di rumah aku" berulang-ulang kali dan Rasulullah SAW menjadi malu.
*Hafsah dinamakan 'Sitrul Rafiqh' (Yang dipelihara malaikat).
*Semua isteri Rasulullah SAW dikebumikan di perkuburan Baqi' kecuali Siti Khadijah di Mala.
Wa ma taufiqi, illa Billah,
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment