Thursday, 23 January 2014

PENAWAR MUKMIN - Hindari 70 Dosa Besar

HINDARI 70 DOSA BESAR

Mereka yang melakukan dosa adalah seorang yang menjadi teladan. Rasulullah bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang member contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa itu sedikit pun".

          Dosa besar adalah perlakuan salah yang dijelaskan hukuman, dilaknat serta akibat yang disebut ecara jelas dalam Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Menurut Az-Zanabi dalam bukunya Al-Kabaair, dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:



  •     Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah SWT.
  •     Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
  •     Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
  •     Dua jenis dikemaluan iaitu zina dan homoseksual.
  •     Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
  •     Satu di kaki iaitu lari dari peperangan.
  •     Satu diseluruh badan iaitu derhaka terhadap kedua ibubapa.

Dosa kecil iaitu dosa yang tidak dinyatakan di atas. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan berterusan. Menurut Imam Hasan Al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan berterusan dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan beristighfar.

             Allah SWT berfirman, maksudnya: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menginaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah SWT, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi dapat mengampuni dosa selain daripada Allah SWT? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran, ayat 135).

             Tindakan sesetengah daripada kita menganggap remeh mengenai dosa, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



Allah Huwarasullu'alam

No comments:

Post a Comment