Nabi Adam a.s.
· Nabi Adam
a.s yang menamakan pasangannya sebagai ‘Hawa’ (bermakna sesuatu yang hidup).
(Imam Bukhari)
·
Hawa
diciptakan dari sulbi Nabi Adam a.s. ketika baginda keseorangan tertidur
dibawah sepohon pokok. Lelaki dari ‘Sulbi’ dan wanita pula dari ‘Tara’ib’.
(Qurtubi dan Ibnu Kathir)
·
Imam Al
Bukhari: Dari Abu Hurairah; Rasululllah SAW menyatakan bahawa didalam syurga
ada satu pokok yang kalau dikelilinginya memakan masa 100 tahun iaitu ‘Sajaratul
Khuldi’. Ibnu Kathir berkata; janganlah kita terlalu memikirkan jenis pokok apa
yang ada didalam syurga semasa Nabi Adam a.s. hampiri.
·
Ibnu
Kathir dalam kitabnya Qisasul Ambiya berkata: dari riwayat Ibnu Abbas; antara
jadinya Nabi Adam dan Hawa sehingga terkeluarnya Baginda berdua dari syurga
hanya melalui tempoh masa dari waktu Asar hingga jatuh matahari mengikut kiraan
akhirat ialah selama 43 tahun waktu dunia.
·
Dari
pandangan Ibnu Kathir pula, Nabi Adam a.s. tinggal didunia pula selama 1000 tahun.
Nabi
Adam a.s. menangis kekesalan selama 60 tahun.
Nabi
Adam a.s. menangis rindukan syurga selama 70 tahun.
Nabi
Adam a.s. menangis kerana kesalahan selama 70 tahun.
Nabi
Adam a.s menangis kerana kematian
anaknya selama 40 tahun.
Ibnu
Kathir mengambil hujah dari kitab Taurat yang benar (ahlul kitab). Ada
persamaannya dengan riwayat Ubai Bin Ka’ab sahabat Rasulullah SAW.
·
Hassan Al
Basri pula menyatakan bahawa Nabi Adam a.s dibuang di Ceylon (Sri Lanka) dan
Hawa pula di Jeddah. Iblis pula dibuang di Basrah (Dustimyani iaitu beberapa
batu dari Basrah) manakala Ular dibuang di Asbihan Afghanistan.
·
Menurut
Ibnu Abbas pula, Nabi Adam a.s. pula dibuang dari syurga ke satu tempat bernama
‘Dahnak’ atau ‘Duhnak’ iaitu antara Mekah dan Taaif. Nabi Adam a.s keluar dari
syurga bersama-sama Hawa, Iblis dan Ular (yang mempengaruhi Hawa).
·
Menurut
Ibnu Umar pula, Nabi Adam a.s. dan Hawa pula dibuang antara Saffar dan Marwah.
·
Sebelum
wafatnya Nabi Adam a.s., beliau teringin sangat memakan buah dari syurga dan
malaikat memberikannya. Hawa menyaksikan kematian Nabi Adam a.s. (Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad Ibnu Hambal dari Ubai Bin Ka’ab dan disahihkan oleh Ibnu
Kathir).