MAKANAN DI SYURGA
Dalam Al Quran disebutkan , makanan
penduduk syurga merangkumi buah-buahan, burung-burung gemuk, almanna (rasanya
seperti madu), assalwaa (jenis burung puyuh), air madu, susu dan pelbagai macam
makanan yang tidak boleh dihitung banyaknya.
Disebutkan Tsauban, bekas hamba
Rasulullah SAW, berkata: “Aku sedang
berdiri disisi Rasulullah SAW, tiba-tiba
seorang pendeta Yahudi mengadap lalu mengemukakan beberapa pertanyaan
sehingga dia bertanya siapakah orang pertama yang diperbolehkan, yakni atas
titian?”
Nabi SAW menjawab: “Orang-orang Muhajirin yang qari (ahli
membaca Al Quran)”.
Yahudi itu bertanya lagi: “Apakah
hadiah mereka, selepas mereka masuk syurga?”
Nabi SAW menjawab: “Buih hati ikan paus”.
Yahudi itu bertanya lagi: “Apakah makanan mereka sesudah itu?”
Nabi SAW bersabda: “Disembelihkan bagi mereka lembu jantan
syurga lalu mereka memakannya di tepi syurga”.
Yahudi itu bertanya lagi: “Apakah minuman mereka selepas mereka memakan
lembu jantan itu tadi?”
Nabi SAW menjawab: “Mereka minum dari mata air syurga, namanya
air salsabil”.
Yahudi itu berkata: “Benar engkau!”
Zain Bin Arqam berkata: “Seorang lelaki Yahudi datang kepada
Rasulullah SAW lalu berkata: “Hai Abal Qosim, betulkah bahawa engkau menyatakan
penduduk syurga makan dan minum di dalam syurga?” Dan Yahudi itu sebelumnya
menyatakan kepada teman-temannya: “Jikalau ia menyatakan demikian padaku,
nescaya aku kalahkan dia dengan alasan”.
Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Benar! Demi Tuhan yang diriku di dalam
kekuasaanNya! Bahawa seseorang dari mereka diberi kekuatan makan, minum,
bersetubuh seratus kali”.
Orang Yahudi itu bertanya: “Bagaimana orang makan dan minum itu tidak berhajat
(istinjak)?”
Rasulullah
SAW lalu bersabda: “Hajat keperluan
mereka ialah berupa peluh yang mengalir dari kulit mereka, seperti kasturi,
jadi perut mereka menjadi kurus”.
Abdullah Bin Amr berkata terhadap
firman Allah SWT: “Diedarkan kepada
mereka piring-piring”.
Maka Abdullah mengatakan: “Diedarkan kepada mereka tujuh puluh piring
emas, setiap satu warna yang mana tiada warna seperti itu di piring lainnya”.
Dalam hadith riwayat Bazzar
dengan sangat daif yang berasal daripada Ibnu Mas’ud, disebutkan demikian:
“Sesungguhnya engkau akan melihat pada seekor burung dalam syurga yang engkau
menginginkan dagingnya, lalu jatuhlah tersungkur di depanmu dalam keadaan sudah
masak”.
Huzaifah berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa dalam
syurga itu ada burung sebesar unta”.
Abu Bakar r.a bertanya: “Bahawa burung itu sungguh menikmatkan wahai
Rasulullah SAW?”
Nabi SAW menjawab: “Orang yang memakannya akan merasa nikmat.
Dan engkau wahai Abu Bakar termasuk orang yang memakannya”.
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Wallahu’alam.
Burung unta( kasawari) sebesar unta.kt dunia lagi kita dh boleh tengok( zaman dulu xterdpt di tanah arab) .apa lagi di dlm syurga. Menunjukkn bertapa benarnya sabda rasul saw sdgkn mereka mungkin xtahu pun adanya burung unta
ReplyDeleteBurung unta( kasawari) sebesar unta.kt dunia lagi kita dh boleh tengok( zaman dulu xterdpt di tanah arab) .apa lagi di dlm syurga. Menunjukkn bertapa benarnya sabda rasul saw sdgkn mereka mungkin xtahu pun adanya burung unta
ReplyDelete