Tuesday 4 February 2014

PEDOMAN MUKMIN - Sejarah Solat 5 Waktu.

  
                                                    SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT memfardhukan keatas umatku pada malam Isra' lima puluh solat, maka sentiasa aku kembali kehadratNya dan aku meminta keringanan sehingga Allah SWT menjadikannya lima waktu solat sahaja sehari semalam". (Sepakatan Muhadisin)

                 * SOLAT ZUHUR: Manusia pertama melakukan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu ketika Allah SWT memerintahkannya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang  tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat rakaat.

                * SOLAT ASAR: Manusia pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. ketika baginda di keluarkan Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai ketika itu masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu baginda bersolat empat rakaat kerana diselamatkan Allah SWT daripada empat kegelapan iaitu untuk rakaat pertama kerana kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua kerana kelam dengan air laut, rakaat ketiga kerana kelam dengan malam dan rakaat keempat kerana kelam dengan perut ikan Nun.

                * SOLAT MAGHRIB: Manusia pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda di keluarkan Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya sedangkan waktu itu terbenamnya matahari.

Bersyukurnya Nabi Isa a.s. lalu bersolat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu iaitu pada rakaat pertama untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah SWT yang maha esa. Rakaat kedua untuk menafikan tuduhan dan tohmahan keatas ibunya yang dituduh melakukan perbuatan sumbang dan yang ketiga untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua dan tiga.

                * SOLAT ISYAK: Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Ketika itu Nabi Musa a.s. tersesat mencari jalan keluar dari Madyan sedang didalam hatinya penuh dengan rasa dukacita.

Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu Baginda bersolat empat rakaat sebagai tanda bersukur setelah hilang rasa dukacitanya terhadap isterinya, saudaranya Nabi Harun a.s., Firaun dan anak Firaun.

               * SOLAT SUBUH: Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika Baginda keluar dari Syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan Baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila Fajar Subuh keluar, Nabi Adam a.s. bersolat dua rakaat dengan rakaat pertama tanda syukur Baginda kerana terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua tanda syukurnya kerana siang menjelma.

Hanya Allah SWT maha mengetahui,
Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment