Tuesday 11 February 2014

NOTA RINGKAS – Perkara-perkara yang Jarang Diketahui

NOTA RINGKAS

·         Jabir r.a. sahabat Nabi SAW mendengar batang tamar menangis, merengek (seolah-olah unta hendak bersalin) setelah Nabi SAW menggunakan mimbar menggantikannya yang Nabi SAW gunakan sebagai tempat khutbah. Kemudian Nabi SAW memeluk batang tamar tersebut bagi memujuk dan menenangkannya. Ia antara mukjizat Nabi SAW.

·          Zakat pendapatan ialah daripada Imam Ahmad.


·         Apabila seseorang bersin,maka ucaplah ‘Alhamdulillah',  maka sambutlah dengan ‘Yarhamkallah’, eterusnya jawablah pula dengan ‘Yahdina Wayuslihu Balaakum’.

·         Imam Malik  tidak mengharamkan memakan daging anjing.


·         Nabi Danial dikatakan telah dimakamkan di Asfahan, Iran tetapi maklumat ini pun tidak pasti. Tidak ada satu kubur Nabi pun yang pasti tempatnya, hanya kubur Rasulullah SAW sahaja yang pasti.

·         Asfahan ialah salah satu bandar yang terdapat di Iran. Dari situlah juga nanti datangnya tentera Dajjal seramai 70,000 orang.


·         Kisah ‘Ashabul Kahfi' ialah cerita yang benar. Sesiapa yang tidak mempercayainya  dikatakan boleh kufur.

·         Al-Imam Al-Bukhari (diakhir hayatnya) meninggal dalam buangan serta dituduh sebagai sesat dan kafir. Beliau meninggal dunia pada hari raya setelah jatuh dari kuda di rumah rakannya. Ada yang mengatakan, sebelum beliau ke Samarkhan, penduduk disitu telah bertelingkah sesama sendiri kerana tidak mahu beliau datang ke situ. Puncanya kerana bertentangan dengan Muhammad Bin Yahya.


·         Al-Imam Al-Bukhari ialah guru kepada Imam Muslim.

No comments:

Post a Comment