Saturday, 1 February 2014

MALAIKAT - Malik (Lapan Tingkat Neraka)

 MALIK (Lapan Tingkat Neraka)

Malaikat Malik adalah antara sepuluh malaikat yang wajib diketahui dan diimani oleh seluruh umat manusia. Tugas Malik adalah penjaga neraka. Adapun penjelasan mengenai neraka dan azabnya adalah seperti berikut:

      Neraka dalam bahasa Al Quran adalah ‘An naar’ ialah suatu tempat di alam akhirat, yang wujudnya berupa api yang bergelojak dan bernyala-nyala. Ini disediakan oleh Allah SWT sebagai balasan kepada pendusta ayat-ayat  Allah SWT, orang musyrik, orang munafik, orang yang membuat dosa dan mati sebelum taubat, orang yang meninggalkan perintah Allah SWT dan tidak berbakti padaNya.

      Adapun tingkat neraka ada lapan, iaitu 'Neraka Jahannam' yang disediakan untuk orang mukmin yang berbuat dosa, 'Neraka Jahiim' untuk orang-orang yang menyembah berhala, 'Neraka Hawiyah' untuk orang munafik

'Neraka Wail' untuk orang yang berlaku curang, 'Neraka Sya’ir' untuk orang Shabi'in,   'Neraka Ladhaa' untuk orang Yahudi, 'Neraka Saqar' untuk orang Majusi dan 'Neraka Huthomah' untuk orang Nasrani.

      Dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Datang padaku Jibril dan aku bertanya kepadanya: Wahai Jibril! Berilah gambaran mengenai Neraka Jahannam!”.

      Jibril berkata: “Sesungguhnya Allah SWT menciptakan neraka lalu dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun hingga menjadi putih. “Kemudian dinyalakan lagi seribu tahun hingga menjadi hitam. Jahannam menjadi hitam seperti malam yang gelap. Selamanya tidak berhenti bergelojak dan tidak padam bara apinya”.

      Diriwayatkan bahawa Allah SWT memerintahkan Jibril a.s meminta daripada Malik sebahagian daripada api neraka dan memberikannya kepada Nabi Adam a.s untuk digunakan memasak makanan.

      Berkatalah Malik kepada Jibril: “Berapa yang engkau perlukan?”

      “Sebesar buah kurma”, jawab Jibril.

      Malik berkata: “Jika aku memberi api neraka sebesar buah kurma, akan cairlah langit dan bumi, sebab kesan panasnya”.

      “Kalau begitu, berilah aku separuh daripadanya”, Kata Jibril.

      Malik berkata: “Jika aku luluskan permintaan mu, tidak setitis pun  air hujan yang turun dari langit, manakala bumi tidak mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, walaupun hanya sebatang pokok”.

      Kemudian Jibril bertanya kepada Allah SWT: “Ya Tuhanku, berapakah harus aku mengambilnya?”. Allah SWT  berfirman: “Ambillah sebesar semut”.

      Jibril melaksanakannya dan membawanya api sebesar semut itu kepada Nabi Adam a.s yang sebelumnya dimasukkan kedalam laut sebanyak tujuh puluh kali. Kemudian api itu diletakkan di atas gunung yang tinggi maka hancurlah gunung itu, sedang api kembali ketempat asalnya dan meninggalkan asap pada batu-batuan dan besi sampai hari ini. Maka api dunia berasal dari asap api neraka sebesar semut hitam itu.

      Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a: “Pada hari kiamat, Jahannam didatangkan dari lapisan bumi yang ke tujuh dengan dikelilingi tujuh puluh ribu barisan malaikat. Bilangan setiap baris berjumlah lebih banyak daripada jumlah jin dan manusia seluruhnya”.

      Neraka Jahannam ditarik oleh malaikat dengan tali kekangnya. Jahannam mempunyai empat kaki. Jarak antara satu kaki sama yang lain ialah kira-kira sejauh perjalanan seribu tahun.

      Jahannam juga mempunyai tiga puluh ribu kepala. Setiap kepala ada tiga puluh ribu mulut. Dalam setiap mulut ada tiga puluh ribu gigi. Setiap gigi pula besarnya seribu kali gunung Uhud. Pada setiap mulut ada dua bibir dan setiap bibir setebal lapisan dunia. Pada setiap bibir ada rantai besi dan setiap rantai membabitkan tujuh puluh ribu lingkaran dan setiap lingkaran dipegang oleh banyak malaikat.

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Wallahu’alam.



No comments:

Post a Comment