Diriwayatkan bahawa ketika Abdullah Bin Al-Mubarak
memasuki Kufah dalam perjalanannya untuk mengerjakan ibadah haji, beliau
melihat seorang perempuan sedang memungut bangkai seekor itik dari tempat
pembuangan sampah. Abdullah berhenti di hadapannya dan bertanya, “Apakah itu bangkai atau sembelihan?”
Perempuan itu menjawab, “Ini adalah bangkai, untukku dan keluargaku”.
Abdullah berkata lagi, “Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan bangkai, tapi kenapa kamu
masih mahu memakannya?”
Perempuan itu menjawab, “Pergilah kamu dariku. Ketahuilah bahawa aku mempunyai ramai anak dan
mereka sudah tidak menjamah makanan sejak tiga hari yang lalu”.
Abdullah berasa kasihan mendengar jawapan
perempuan itu, lalu ia pun pergi meninggalkan perempuan tersebut. Kemudian
beliau datang semula dengan seekor keldai yang sarat muatan dengan makanan-
makanan.
Beliau mencari perempuan tersebut dan akhirnya
bertemu dengan rumahnya. Perempuan tersebut membuka pintu rumahnya dan Abdullah
segera memukul keldai tersebut dan berkata kepada perempuan tersebut, “Itu semua nafkah untuk kamu”.
Peristiwa yang berlaku telah menyebabkan beliau terlepas untuk
mengerjakan ibadah haji. Lalu beliau kemudiannya pulang ke kampung halamannya.
Ketika sampai di kampung halamannya, orang-orang kampung masing-masing
mengucapkan selamat kembali daripada menunaikan ibadah haji kepada beliau.
Abdullah berkata, “Sesungguhnya tahun ini aku belum menunaikan haji”.
“Bukankah
kamu yang aku suruh menjaga barang-barangku dan akau mengambilnya kembali
daripadamu ketika di Arafah?” Tanya orang
kampungnya.
Seorang yang lain bertanya, “Bukankah kamu memberikan aku air ketika di Tanah Suci?”
Seorang yang lain juga bertanya, “Bukankah kamu yang membelikan sesuatu
untukku?”.
Abdullah bingung lalu menjawab, “Aku tidak faham apa yang kamu semua
katakan, aku memang belum mengerjakan haji pada tahun ini”.
Ketika sedang tidur pada sebelah malamnya,
Abdullah bermimpi dan mendengar suara berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, sesungguhnya Allah SWT telah menerima sedekahmu. Dia
telah mengutuskan satu malaikat yang menyerupai kamu dan mewakili kamu untuk
mengerjakan haji”.
Info:
Abu Abd ar-Rahman Abdullah Bin Al-Mubarak al-Hanzhali al –Marwazi lahir pada
tahun 118 Hijrah (736 Masihi). Seorang Muhadisin terkemuka dan seorang yang
Zuhud. Seorang saudagar kaya yang banyak memberi bantuan kepada orang miskin.
Meninggal dunia pada tahun 181 Hijrah di kota Hit, yang terletak di tepi sungai
Euphrates.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment