IMAM MAHDI.
Rasulullah SAW bersabda: "Dunia ini tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku". (Riwayat At Tirmizi)
Sebelum Imam Mahdi datang memimpin umat Islam, ada beberapa tanda yang muncul terlebih dulu iaitu:Rasulullah SAW bersabda: "Dunia ini tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku". (Riwayat At Tirmizi)
- Munculnya sebuah bintang berekor di ufuk timur dan bintang ini akan kelihatan di atas langit selama tiga malam atau tujuh malam berturut-turut.
- Gerhana bulan pada malam pertama Ramadhan dan gerhana Matahari pada pertengahan bulan iaitu peristiwa yang seumpama ini belum pernah berlaku sepanjang sejarah dunia.
- Pada musim haji tahun itu pula akan berlaku huru hara sehingga terjadi bunuh membunuh di kawasan Mina dan darah pun mengalir di sekitar Jamratul Aqabah. Akan berlaku juga rampasan terhadap harta orang yang sedang melakukan ibadah haji.
- Muncul tapak tangan yang terjulur dari langit sehingga dapat disaksikan di kebanyakkan tempat beserta dengan suara seruan dari langit "Sesungguhnya pemimpin kamu Imam Mahdi". Dalam riwayat yang lain pula disebutkan seruan itu adalah "Sesungguhnya wali-wali Allah itu ialah pengikut Imam Mahdi".
- Apabila tiba bulan Muharram, setelah peristiwa berdarah di Mina, maka tiba saatnya Imam Mahdi akan di Bai'ah.
Imam Mahdi adalah keturunan Siti Fatimah Binti Rasulullah SAW dan nama beliau ialah Muhammad Bin Abdullah. Nama beliau sama dengan nama Rasulullah SAW begitu juga dengan nama ayah beliau bersamaan dengan nama ayahanda Nabi SAW.
Ayahnya adalah keturunan Hasan dan ibunya keturunan Husin atau sebaliknya. Beliau dilahirkan di Madinah dan di Bai'ah pada umur antara 30 ke 40 tahun.
Akhlak Imam Mahdi banyak meyerupai Rasulullah SAW. Susuk tubuh seakan-akan dari keturunan Bani Israel. Lidahnya seakan berat berkata-kata dan apabila beliau berasa berat untuk berbicara, beliau akan menepuk pahanya yang kiri sehingga kata-katanya mudah keluar dari mulutnya.
Hidungnya mancung dan dahinya luas juga mukanya bersinar laksana bintang bercahaya. Warna kulitnya seperti kulit orang Arab meski pun susuk tubuh seperti Bani Israel.
Diantara gigi-giginya ada sedikit jarang. Janggutnya tebal dan matanya seolah-olah sentiasa dicalit dengan celak.
Di mukanya ada tahi lalat dan perutnya ada sedikit besar.
Rambut, janggut dan kesemua bulu badannya berwarna hitam.
Bersama dengannya ialah bendera Rasulullah SAW begitu juga dengan jubah dan pedang Baginda.
Allahu Warasullu'alam.
No comments:
Post a Comment